“Ni ke admin tu” Video Boss Mydin Menari Dengan Staf Lelaki Cuit Hati Netizen

Ramai yang sedia tahu tentang kelincahan ‘boss besar’ pasar raya Mydin dalam mengikuti trend terkini di TikTok.

Iospital phone repair gombak

Malah, gelagat Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin yang bersahaja dan rendah diri membuatkan beliau semakin disenangi ramai.

Terbaharu, tular lagi satu video memaparkan dia menari bersama seorang staf Mydin secara tak langsung mencuri perhatian netizen.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun rasmi TikTok @mydinmalaysia, kelihatan boss Mydin itu sedang memegang troli dan menari bersama staf lelaki.

Yang lebih lucu, rata-rata yang menonton tertanya-tanya sama ada lelaki di sebelahnya itu admin Mydin atau bukan kerana admin Mydin sering mendapat perhatian netizen gara-gara gemar bergurau di media sosial.

Selain itu, ramai juga yang berseloroh tentang keadaan troli yang dipegang boss Mydin itu yang kelihatan baik dan tiada masalah.

Turut dikatakan kerana troli Mydin selalu rosak dan tidak ‘behave’.

Sejak video menuit hati itu dimuat naik dua hari lalu, jumlah tontonannya berjaya mencecah sehingga 506.5 ribu serta meraih 56.2 ribu tanda suka!

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata kagum melihat kelancaran troli yang digunakan di dalam video, jauh beza dengan yang sering mereka dapat.

Dalam pada itu, netizen mengesyaki ‘talent‘ yang muncul bersama Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin merupakan admin beliau.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Troli bru lps algnmnt ke tu, nmpk soft handle je 😂”

“rasa sebelah dato ni admin tu😳😳”

“Troli dkt Mydin BM mcm nak bergaduh dato 😞🗿 Troli tu tolak saye balik”

“ishh knp elok plk roda troli tu. 😂”


“Laaa comeiii sgt aihh 😂😂”

“Kami syak abg hesmes sebelah dato ni admin kannnnnn😎😎😎”

Video yang tular di laman TikTok

@mydinmalaysia Datuk lah talent MYDIN sebenar ✊🏼 #MYDINMalaysia #trolley #fyp ♬ original sound – Mydin Malaysia