Alami Kecederaan Serius Bahagian Kaki, Hairul Azreen Tak Dapat Teruskan Penggambaran ‘The Original Gangster’

Siapa tidak kenal dengan pelakon terkenal iaitu Hairul Azreen ni bukan? Manakan tidak, dia sering memegang watak utama berkaitan filem aksi memandangkan lakonan hebatnya apatah lagi ketika berlawan dengan musuh.
Iospital phone repair gombak

Terbaru, Tular di media sosial dimana Hairul Azreen memberitahu dia tidak dapat meneruskan penggambaran filem The Original Gangster arahan Syamsul Yusof kerana mengalami kecederaan serius pada bahagian lutut.

Hairul, 35, berkata kecederaannya itu mungkin menyebabkan dia perlu berehat sementara waktu daripada menjalani mana-mana penggambaran filem atau drama.

Tidak cukup dengan itu, dia turut memohon maaf kepada pihak produksi kerana menyebabkan penggambaran filem tersebut tergendala.

“Dukacita dimaklumkan saya tak dapat teruskan penggambaran The Original Gangster disebabkan ligamen (ACL) lutut kiri saya putus.”


“Minta maaf kawan-kawan dan team produksi. Dah sampai masa untuk saya berehat,” katanya.

Suami kepada pelakon Hanis Zalika itu turut memuat naik foto memperlihatkan keadaannya yang sedang menahan sakit sambil diberikan rawatan.

Meninjau di ruangan komen, nerizen dan juga rakan artis mendoakan agar Hairul Azreen dibreikan kesembuhan dan dapat kembali berlakon seperti sedia kala.

Bukan itu sahaja, ada juga yang berseloroh mengatakan mereka sedia untuk menggantikan tempat Hairul untuk berlakon di dalam Filem tersebut.

Perkongsian yang tular di laman Instagram :

“Jom esok badminton!! time ni la aku nak menang”

“Focus pada recovery brader.. perjalanan masih panjang”


“Moga yang baik2 untuk mu Hairul”

“Ya Allah, abang, rest la gi main game playstation pula”

“Jangan risau Abang Syamsul, saya boleh ganti tempat Hairul.. ”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)


Sekadar info, The Original Gangster merupakan filem terbitan Syamsul Yusof Films dan Razor’s Edge Pictures yang turut menampilkan pelakon hebat seperti Datuk Aaron Aziz, Datuk Adi Putra, Datuk Rosyam Nor, Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Shaheizy Sam, Nas-T, Soffi Jikan, Pablo Amirul dan bintang aksi Indonesia, Yayan Ruhian.