Demi Menjaga Imej Bertudung, Zizi Kirana Umum Tidak Akan Nyanyi Lagu Lama

Penampilan yang dikenakan oleh seseorang itu pasti akan mempunyai titik perubahan ke arah yang lebih baik. Usaha dalam mencuba sesuatu terumata sekali memakai hijab dengan niat yang betul pasti akan merasa ketenangan.

Zizi Kirana atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahlil seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia yang mula bergiat aktif dalam dunia muzik secara serius sejak penyertaan dalam rancangan realiti Akademi Fantasia.

Terdahulu, Warga maya selalu memandang enteng dirinya kerana mempunyai imej ‘daring’ dan menjolok mata namun dia kini sudahpun berhijab dan mengenakan pakaian yang sangat sopan.

Terbaru, penyanyi yang terkenal dengan musik hip hop dan lagunya “Eh” , “Nakketaknak” ini telah memaklumkan yang dia tidak akan menyanyikan lagu-lagu lama miliknya yang tidak selari dengan imejnya yang kini sudah bertudung.

Seperti kita sedia maklum, kebanyakkan lagu Zizi Kirana seperti “Siapa Yang Bap Bap” dan “Nakketaknak” mempunyai lirik yang tidak beberapa relevan untuk dinyayikan pada masa sekarang. Lainlah ketika dirinya yang masih belum menutup aurat.

Menerusi laporan Gempak, Zizi mendedahkan perkara itu semasa ditemukan pada majlis sidang media Faztival Fazura yang diadakan di ibu kota.

“Ada beberapa lagu lama saya yang mungkin saya tidak akan nyanyikan secara terbuka. Contohnya lagu Siapa Yang Bap Bap dan Nakketaknak.”

“Bagi saya, apabila saya sudah seperti ini (bertudung dan menutup aurat), lebih baik saya memilih untuk menyanyikan lagu yang lebih bersesuaian. Jadi, saya tidak akan nyanyi lagu lama yang tidak seiring dengan imej saya kini.” katanya

Tambah Zizi lagi, dia rasa besyukur dengan pihak penganjur dan peminatnya yang seakan-akan memahami keadaan dirinya. Pihak pengajur juga tidak pernah meminta untuk menyanyikan lagu yang tidak sesuai dengan imejnya ketika melakukan persembahan.

“Saya rasa peminat faham dengan situasi saya ini. Penganjur juga faham dan selama saya sudah berubah, saya tidak lagi pernah diminta untuk nyanyi lagu-lagu lama yang tidak bersesuaian..”

“Jujur, saya berasa bersyukur kerana saya tidak perlu terangkan kepada mereka… seolah-olah mereka sudah memahami..” ujarnya.

Zizi Kirana juga bakal mendendangkan lagu seperti “Eh” untuk pada masa yang akan datang kerana lebih bersesuaian.

“Lagu-lagu seperti lagu Eh… Ketika proses rakaman lagu tersebut, saya sudah tahu lagu sebegitu yang akan saya nyanyikan pada masa akan datang” tambahnya lagi.