Sah Rumah Tangga Noor Nabila Masih Baik, Video Jebat Jayden Raih Perhatian Netizen

Desas-desus yang mengatakan kakak kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Noor Nabila sedang hangat diperkatakan di media sosial. Sebelum ini, ramai yang mendakwa rumah tangganya bersama Engku Emran dikatakan sedang bergolak apabila tiada lagi gambar perkahwinan bersama suaminya di laman Instagram.

Bukan itu sahaja, terdapat media di negara seberang yang mengatakan bahawa mereka sudah pun berpisah malah ada juga memuat naik video di laman TikTok mengenai pasangan ini.

Baru-baru ini, video yang dimuat naik oleh Noor Nabila yang merakam gelagat anak lelakinya Jebat Jayden ketika sedang mendirikan solat jemaah bersama telah mencuri tumpuan warganet di laman TikTok.


“Macam2 kejadian ketika solat ya #jebatjayden … (nota: mommy record untuk kenangan.. kantoi pulak dengan anak)” tulisnya di ruangan kapsyen.

Tujuan Nabila sebenarnya hanya dijadikan sebagai kenangan namun video tersebut menjadi perhatian apabila terlihat sekilas wajah Engku Emran yang sedang menjadi imam sekaligus menamatkan spekulasi rumah tangga mereka kepada netizen.



Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan komen yang positif berkenaan rumah tangga mereka dan menyifatkan tiada gambar bersama di media sosial bukan bermakna mereka berpisah.

Bukan itu sahaja, ada juga yang terhibur dengan telatah Jebat Jayden yang sedang menyesuaikan ‘angel’ kamera kerana rakaman tersebut ‘senget’.

Antara komen warga netizen di laman TikTok:

“Dalam video ni Tuan/Puan kena faham 2 perkara :-
1. Kecomelan Jebat
2. Perhatikan siapa imam tu. Bagi menjawab segala persoalan netizen”


“doesn’t mean you didn’t post your picture with your love life means you are not together [wronged]”


“Sape fitnah tu cepat minta maaf la netijen.”

” Eh senget haishh gerammmmm”


“mummy dye camera dri blkng…Jebat kasi pusing bg nmpk muka dye yg comeyy tuu..clever boy..”

Video yang tular di laman TikTok:

@noornabila00 Macam2 kejadian ketika solat ya #jebatjayden … ( nota: mommy record untuk kenangan.. kantoi pulak dengan anak) #kidsoftiktok #fyp #fypシ゚viral ♬ Allah Allah Aghisna – Veve Zulfikar

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 998.9k tontonan, 62.6K tanda suka, 604 komen, 1140 simpanan dan 811 perkongsian di applikasi TikTok: