“Pregnant pun tak boleh comot2, nanti husband tak kenal mana bibik, mana bini” Shima Anuar

Pelakon cantik Shima Anuar yang kini sedang sarat mengandung anak kedua sempat memberi pesanan kepada semua ibu mengandung di laman Instagram miliknya.

Melalui satu gambatr yang dimuatnaik, Shima berpesan supaya si isteri tidak boleh comot-comot walaupun mengandung.

Katanya nanti suami tak kenal yang mana satu isteri dan yang mana satu bibik.

Walaupun pregnant, tak boleh comot2. Nanti husband tak kenal mana bibik, mana bini. (My dress from @9months_maternity Thank you!)

Rata-rata peminat bersetuju dengan Shima dan memuji Shima yang masih gigih menjaga penampilan walaupun sudah sarat.

Pemilik nama sebenar Noor Hashimah binti Anuar ini lahir pada 8 April 1991 berasal dari Rawang, Selangor.

Shima merupakan anak kepada pasangan Anuar Md Yunus dan Aziah Ahmad dan telah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Mohd Solih Toha pada 8 April 2017.

Pada tarikh 12 Disember 2017, Shima telah dikurniakan anak perempuan sulung yang diberi nama Marian Sophia.

Shima Anuar memulakan kerjaya lakonannya pada 2010 sebagai pelakon tambahan untuk beberapa drama dan filem tempatan.

Pada awalnya, Shima merupakan salah seorang bakat baru yang diperkenalkan oleh Metrowealth bersama-sama Wawa Zainal, Adiba Yunus, Mikail Andre dan Niezam Zaidi.

Drama pertama lakonan Shima ialah Klik (2010). Beliau membintangi filem sulung lakonannya, 7 Petala Cinta (2011) gandingan bersama Aeril Zafrel.

Pada tahun 2013, Shima bekerja di bawah arahan pelakon bertukar pengarah Pierre Andre menerusi filem Cerita Kita dan Highland Tower. Beliau membintangi bersama Ady Putra dan Mira Filzah menerusi drama Cinta Si Wedding Planner di TV3.