Demi Cinta Suci, Jarak Usia 16 Tahun Tidak Menjadi Halangan Intan Najuwa Bertunang Dengan Usahawan

Dunia hiburan disajikan dengan berita gembira mengenai pertunangan pelakon comel Intan Najuwa 22 yang berlangsung meriah bertemakan warna ungu.

Beliau yang merupakan pelakon drama Tuan Danial yang kini sedang ditayangkan cantik berseri dengan busana sopan berwarna ungu.

Menerusi drama Tuan Danial, Intan Najuwa adalah antara pelakon utama bergandingan dengan Idris Khan untuk drama yang ditayangkan di TV3 itu.

Selain itu, kelihatan pelamin indah beroma ungu dan dihadiri beberapa orang bridemaid berbaju putih krim yang menyerikan lagi majlis pertunangan beliau.

Kelihatan beberapa rakan artis yang hadir dan menjadi bridemaid beliau antaranya adalah Ain Edruce, Fatin Afeefa dan Puteri Aishah.

Walaupun tidak membuat sebarang kenyataan rasmi, pelakon kecik molek ini berkongsi gambar pertunangannya di laman sosial Instagram.

Intan Najuwa mengikat tali pertunangan dengan seorang usahawan dari Kedah, Razrul Anwar Rusli 38 tahun pada ahad lalu.

Jarak perbezaan 16 tahun antara keduanya ternyata tidak menjadi halangan kepada mereka dan keduanya tampak sepadan mengenakan busana berwarna ungu itu.

Intan Najuwa atau lebih mesra disapa Intan berkata sikap matang dan memahami membuatkan hatinya terbuka kepada pemuda itu.

Mengulas lanjut mengenai tarikh perkahwinan, Intan masih belum menetapkan tarikh perkahwinan mereka kerana jadualnya yang agak padat.

Menurutnya lagi, jika sudah ada tarikh perkahwinan nanti, beliau sendiri akan memberitahunya kelak.

Tahniah diucapkan kepada Intan Najuwa dan pasangannya yang telah selamat bertunang dan semoga cepat-cepat naik pelamin.