[VIDEO] Hajjah Wany Hasrita dan Hajjah Amira Othman Selamat Tiba, Kongsi Cerita Sedih

Bintang Paling Popular 2018, Wany Hasrita telah berkesempatan menjadi tetamu Allah apabila berpeluang mengerjakan ibadah haji pada tahun ini bersama dengan selebriti Amira Othman.

Wany dan Amira telah diundang oleh Kerajaan Arab Saudi sendiri bagi sama-sama mengerjakan rukun Islam yang ke-5 pada tahun ini.

Mereka merupakan di antara beberapa individu terpilih yang menerima jemputan khas tersebut.

Di dalam satu perkongsian Instagram peminat masing-masing, Wany dan Amira beserta jemaah lain telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur selepas selesai menunaikan haji di Tanah Suci.

“Short #VLOG sementara menunggu kepulangan @wanyhasrita kat airport. Semoga kalian ceria hendaknya. Thanks for support tidak kira di mana kalian berada. Nah flower untuk korang.

Tq @pitcha_photographer for those moments

Terima kasih @wanyhasnizers @the_nizers yang sudi menunggu kepulangan Hajjah manis kita @wanyhasrita kat airport semalam. Ambil berkat ye? 

Yang xjoin semalam pun, moh ler ambik berkat Min belanja kejadian semalam. Semoga ada rezeki kita ke tanah suci nanti! Amin.

Amira Kongsi Cerita Sedih

Walaubagaimanapun, di sebalik kegembiraan mereka selesai menunaikan ibadah dan pulang ke Tanah Air, Amira Othman berkongsi cerita sedih yang berlaku kepadanya.

Menurut Amira, satu beg yang mengandungi sejumlah wang telah tertinggal di hotel tempat mereka menginap di Makkah.

Namun begitu, Amira menerima apa yang terjadi dengan hati yang terbuka dan menganggapnya tiada rezeki.

Sebelum ini, Wany Hasrita telah menerima undangan khas dari kerajaan Arab Saudi untuk menunaikan Haji dan Wany dibenarkan membawa seorang teman.

Oleh kerana keadaan kesihatan ibunya yang tidak mengizinkan, Wany membuat keputusan untuk mempelawa sahabat baiknya Amira Othman Untuk sama-sama melaksanakan ibadah haji.