“Dia sedih tiada apa dibagi di harijadi saya, cukup jiwa emas yang u berikan” Stacy Sebak..

Pasangan romantis Ummu Shaikhah Stacy Anam atau lebih mesra disapa Stacy dan pasangannya Akim antara pasangan suami isteri yang diminati ramai.

Sikap rendah diri kedua-duanya menjadikan mereka antara pasangan suami isteri yang diberikan perhatian oleh peminat mereka.

Terbaru, satu perkongsian di Instagram Stacy yang membuatkan pengikutnya sebak apabila melahirkan satu ucapan harijadinya pada Ahad lalu.

Menurut Stacy, suaminya itu berasa sedih kerana tidak dapat memberikan hadiah ulangtahun kelahirannya yang lalu.

Namun, Stacy meluahkan rasa bahagia dan gembira dikurniakan kehidupan yang bahagia selepas mendirikan rumahtangga bersama Akim.

“Dia sedih tiada apa yang dapat dibagi di harijadi saya haritu. Hari-hari pun u dah bagi i kehidupan yang bermakna untuk memori kehidupan i ni ying dan i bersyukur sangat”.

 

View this post on Instagram

 

Siapa cakap Savo saya kuyush tidak tagap tu ah? X nampak kah parit ninin dia yang luas terbentang tu chinggg😝 Dia sedih tiada apa yang dapat dibagi di harijadi saya haritu. Hari-hari pun u dah bagi i kehidupan yang bermakna untuk memori kehidupan i ni ying. I bersyukur sangat🥰 Alhamdulillah ada u dan anak-anak adalah hadiah yang cukup untuk i senyum dan bersyukur setiap hari. Biarlah dugaan dan ujian datang mencuba kita ni dijadikan iktibar dalam kehidupan kita untuk menjadi manusia yang lebih teliti dan berfikiran rasional lepas ni. Bila kita selalu mengalah dan bersabar tu tidak bermakna kita nak jadi orang bodoh tapi cukup untuk kita nak cakap kita tenang2 saja😌 hidup kena positif dan harmoni, Buang air yang keruh dan tukar dengan air yang dah ada Filter👍🏻 Yang penting kena selalu saling mengingati antara satu sama lain In Sha Allah cepat atau lambat kita pasti dapat impian kita sama2 as long as kita sentiasa ikhlas, mencari rezeki yang halal dan jangan ambil hak orang. Duit boleh dicari Insyallah, tapi kehidupan yang Harmoni dan dapat senyum bersama orang2 yang ikhlas berjuang bersama kita tu bukan senang. Dan kita bersyukur dengan orang2 yang ada di dalam lingkungan tu Alhamdulillah… Terima Kasih untuk lagu Yang Satu u tujukan untuk i tu Ying. Terasa seperti bidadari cantik pula bila kena tuju lagu ke kita ni chingg hahahha😝 Siapa yang sudah dengar lagu Yang Satu dari Akim & the majistret haritu? Sweet untuk buat penghargaan bini-bini kan😍 Xyah handbag bagai untuk i ying cukup lah untuk jiwa emas yang u berikan pada i selama ni❤️ Alhamdulillah.. #mestihidungsayaikutkembang😆 #lakibinichunli #jiwangjiwanglukk #akubersyukur

A post shared by Ummu Shaikhah Stacy Anam (@stacyanam) on

“Terima Kasih untuk lagu Yang Satu u tujukan untuk i tu Ying. Terasa seperti bidadari cantik pula bila kena tuju lagu ke kita”.

“Tak payah handbag bagai untuk i ying cukup lah untuk jiwa emas yang u berikan pada i selama ni”.

Rata-rata netizen memuji kesederhanaan Stacy dan mendoakan penyanyi kesayangan mereka itu bahagia disamping keluarganya.

Pasangan romantis ini dikatakan mempunyai wajah yang seiras dan semoga pasangan ini bahagia hingga ke akhir hayat.