[5FOTO] Datin Anne Ngasri Turun Berat 10KG, Hampir Selesai Tempoh Pantang

Datin Anne Ngasri yang sebelum ini telah selamat melahirkan anak kelimanya pada 28 November lalu mengakui sudah hampir sebulan dia melakukan rutin urut, sauna dan bertangas dalam tempoh berpantang.

Anne kini boleh tersenyum riang apabila usahanya menjaga makan ketika pantang sudah pun berjaya menurunkan berat badan sehingga 10 kilogram.

Beliau kelihatan sangat gembira di samping suami dan anak-anak ketika berkongsi gambar terbaru mereka di Instagram.

Perkembangan itu dikongsi bintang ini menerusi Instagram menerusi posting terkininya.

“Alhamdulillah syukur hampir tamat dah saya berpantang. Sebulan juga saya berurut, bersauna dan bertangas dengan makcik saya @bidan.anum.vouge ….terima kasih kerana berjaya buatkan saya hilang 10kg…,” tulisnya menerusi foto yang turut diabadikan bersama anak bongsu.

Beberapa hari lalu, Anne turut merakam sesi penggambaran khas bayi perempuan yang diberi nama Nefa Naura itu.

“Syukur Alhamdulilah selesai dah sesi shooting Nefa Naura. Thanks so much buat adik2 @tinywinyphotography yg sgt pakar mengambil gambar dan menguruskan baby Nefa Naura. Kenangan terindah buat saya dan Naura…dan this was my 1st time setelah beranak 5 😬
So untuk parents yang nak merakam kenangan indah baby newborn anda bolehlah hubungi mereka dan paling best sekarang ni bermula tarikh 21-23/12 ada promotion dr @tinywinyphotography..mereka juga ada booth di expobaby Shah Alam tau…”

“Syukur Alhamdulillah. Yesterday Another year of life.
Jutaan terima kasih pada semua yang mendoakan saya. Saya terima banyak doa kebaikan dari sahabat-sahabat semua. Semoga doa yang baik-baik ini Allah limpahkan jua kepada kalian semua. Untuk hadiah yang diterima alhamdulillah dan terima kasih semoga kalian dimurahkan rezeki oleh Allah swt.
Alhamdulillah syukur pada Allah swt saya masih disini dan ramai yang masih disisi. ❤ Anne Ngasri”

Terdahulu, Anne melahirkan anaknya itu beberapa hari lebih awal daripada jangkaan.


Happy Family

Sebelum ini, Datin Anne Ngasri yang kini bergiat aktif dalam bidang politik selamat bersalin anak kelimanya di sebuah hospital di ibu negara.

Bayi perempuan yang dilahirkan dengan berat 3.22kg itu lahir lebih awal daripada tarikh jangkaan doktor iaitu pada bulan Disember tahun ini.

Anne Ngasri berkongsi berita gembira tersebut di laman Instagramnya dengan memuat naik foto pertamanya bersama bayi comel itu di samping suami dan anak-anaknya yang lain.

““Assalammualaikum sahabat semua, Alhamdulillah Allahuakbar dengan izin Allah saya telah selamat bersalinkan baby girl dengan berat 3.22 kg.“Alhamdulillah terima kasih Ya Allah untuk rezeki yang ke-6 ini. Semoga kehadirannya menambah seri pada keluarga kami. Semoga kelahiran ini menjadi kebaikan pada agama kami. Semoga membesar dan mentaati tuntutan ilahi,” tulisnya sambil merakamkan ucapan terima kasih buat semua yang mendoakan.“Terima kasih pada yang mendoakan. Terima kasih untuk ucapan yang membahagiakan. Semoga kalian dibalas dengan kebaikan dan kebahagian juga. Amin. Selamat hari jadi anakku, 28 November 2018. Welcome to our family,” maklum Anne.

Anne dan suaminya, Datuk Sumali Reduan mendirikan rumah tangga pada 22 Disember 2012. Menerusi perkahwinannya yang terdahulu, Anne turut dikurniakan tiga orang cahaya mata.