Teruja! Sering Dikatakan Kembar, Akhirnya Amyra Rosli Jumpa Nia Ramadhani Di London!

Kalau dulu, ramai peminat yang mengatakan bahawa rupa wajah Amyra Rosli sama dengan pelakon popular dari Indonesia, Nia Ramadhani.

Akhirnya siapa sangka kedua-dua pelakon ini dapat bertemu walaupun bukan di Malaysia ataupun di Indonesia.

Menurut posting terbaru Amyra Rosli, dia telah bertemu Nia Ramadhani di London ketika bercuti bersama keluarga dan memuat naik foto di Instagram.

Seperti biasa, kedua pelakon terkenal dan cantik ini sering dikatakan kembar oleh peminat Amyra.

Macam kembar lah

Nia & Amyra kongsi moments bercuti di London

Menerusi Instagram, Nia yang mana sangat dikenali menerusi sinetron Bawang Merah Bawang Putih ini turut berkongsi saat gembira bercuti bersama keluarganya.

Amyra juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi moments indah bersama suami, Amar Baharin dan si cilik comel, Aqeef Anaqi menerusi Instagram miliknya.

Foto percutian pasangan sama cantik, sama padan ini juga tular di Instagram, apatah lagi dapat melihat telatah comel Anaqi.


Nia memulakan kerjayanya di dunia lakonan sejak usianya menjangkau 15 tahun. Namanya mula dikenali ketika membintangi drama “Bawang Merah Bawang Putih”.

Dalam drama ini, Nia berlakon bersama dengan aktor veteran seperti Dwi Yan, Lidya Kandou, Neena Rosier serta pelakon remaja Dimaz Andrean Hardy dan Revalina S Temat.

Sehingga pada tahun 2007, Nia telah berlakon lebih daripada 10 buah drama. Dari kejayaan beliaulah, Nia diberi kepercayaan untuk berlakon di layar perak.

Pada tahun 2007, Nia bersama-sama dengan pelakon-pelakon remaja yang lain seperti Mike Lewis, Donita, Eva Anindita dan Lia Waode menjayakan sebuah filem seram bertajuk “Suster Ngesot” arahan Arie Aziz.

Dalam filem pertamanya, pemilik wajah cerah ini diarah untuk melakukan adegan ciuman dengan artis baru, Mike Lewis, seorang model kacukan Kanada.

Setelah berlakon dalam Suster Ngesot, Nia berlakon lagi dalam filem seram, Hantu Jembatan Ancol (2008) dan berketerampilan seksi dengan memakai bikini.

Bahkan ibundanya menyatakan bahawa dia tidak suka dengan ‘penampilan terbuka’ Nia. Dalam pada tahun yang sama, Nia berlakon dalam filem seram juga Kesurupan.

Sumber: Amyra Rosli, Nia Ramadhani via Himpunan Cerita Lawak