Peminat setia Datuk Seri Siti Nurhaliza tentunya mengetahui beliau cukup aktif terbabit dalam pelbagai acara sukan di zaman remajanya.

Tahun berlalu, tetapi kalau sudah namanya bakat, ia tidak akan hilang ditelan masa. Satu video yang dimuat naik Siti ke akaun Instagramnya, membuktikan perkara itu.

Video itu yang diambil di sebuah ruang aktiviti hiburan di Bollywood Park, Dubai, di mana Siti, sambil mendukung anaknya, Siti Aafiyah, menendang bola tepat ke sasaran!

 

View this post on Instagram

 

Bila ibu yang lebih excited 😅💪

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Video itu sudah ditonton lebih 500,000 kali, dan ruangan komen dipenuhi pujian peminat yang kagum dengan kebolehan Siti.


Agak menggelikan hati apabila ada peminat yang meletakkan tag nama pemain bola sepak tempatan, seperti Zaquan Adha.

Rakan artis seperti Hael Hussaini dan Faizal Tahir juga tidak ketinggalan memberi pujian.

“Tak pernah tahu pun ada bakat main bola,” tulis Faizal yang turut meletakkan hashtag #YNWA.

Sumber: Instagram Siti Nurhaliza

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.