“Abah Tak Pernah Mengeluh” Gadis Kongsi Kisah Pengorbanan Bapa Buat Netizen Rasa Sebak

Banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh bapa kita. Mereka sanggup buat apa sahaja demi kepentingan mereka sekeluarga.

Iospital phone repair gombak

Sama seperti video yang tular di laman TikTok ini dimana seorang gadis berkongsikan beberapa video pengorbanan bapanya yang selalu menghantar dan menjemputnya pulang dari kerja, tidak kiralah cuaca bagaimana sekalipun.

Video yang telah dimuat naik oleh pengguna TikTok @opa.faaa itu telah membuatkan orang ramai berasa sebak kerana tersentuh melihat kesungguhan bapanya yang tidak pernah merungut penat atau mengeluh walaupun hampir setiap hari bapanya itu menghantar dia ke tempat kerja tersebut.

“Sentiasa buat yang terbaik untuk anak-anak dia. Bukannya dekat, sanggup redah jammed pagi-pagi lagi. Dalam hujan steady je naik motor angkut saya sekali,” luahnya dalam video berkenaan.

Berdasarkan video tersebut, anak gadisnya itu turut menyatakan bahawa bapanya itu tidak pernah merungut walaupun dan sentiasa cuba yang terbaik buat anak-anaknya.

Walaupun jauh perjalanan ke tempat kerja anak gadisnya itu dan kadangkala cuaca panas mahupun hujan lebat, bapanya hantar sahaja anaknya kerja dengan rela hati tanpa mengeluh sekalipun.

Difahamkan ketika artikel ini sedang ditulis, video tersebut telah memperoleh sebanyak 406.8k tontonan, 55.4k suka, 2542 komen dan 1570 perkongsian.

Menjengah di ruangan komen, orang ramai rata-ratanya meluahkan rasa tersentuh melihat pengorbanan bapa kepada gadis tersebut.

Antara komen netizen:

“betul,sorg abah sanggup buat apa apa untuk anak dia 🥺”


“jaga abah awk baik2 ye..abah sy pun mcm ni jgk,sggup buat apa saja utk ank2..xpernah dgr mgeluh,tp Allah dh jemput abah sy🥰”

“pesan aku. mn yg masih ade mak ayah lg. tolong hargai mereka.. bile 1hr nnt bile dorang xde,korang xkan sempat nk balas jasa dorang.. rindu tu berat🥺”

“awak.. sampai kan salam buat abah ye..sy doakan abah awak sentiasa diberikan kesihatan terbaik Dan bahagia..santuni Dan hormati abah ye..

Video yang tular:

@opa.faaa

mata bengkak buat video ni. we love u abah 🤍

♬ Kenangan Terindah X Pilihan Yang Terbaik – Reza Zulfikar