Dakwaan Sekat Keluarga Mentua di media Sosial, Ini Jawapan Hidayah Abam

Kemelut diantara pelawak Ali Puteh dan balu Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah kembali menjadi perbualan.

Ini kerana pelawak Ali puteh mendakwa tidak dibenarkan bertemu anak saudaranya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia 11 bulan.

Doakan yang baik-baik untuk saya

Memetik laporan dari Mstar, apabila dihubungi Nor Hidayah enggan bercakap panjang mengenai hal itu sebaliknya meminta doa yang terbaik untuk dia dan anaknya.

“Untuk perkara itu, saya minta maaf. Saya tidak mahu beri apa-apa kenyataan berkaitan ini”, ujar  Nor Hidayah.

“Doakan yang baik-baik untuk saya, Hamzah dan keluarga, ” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hidayah_ (@hidayah_abam) on

Sementara itu, Ali menerusi artikel sebuah portal hiburan mendedahkan tidak diberi peluang bersemuka dan menjernihkan keadaan antara mereka.

Disekat di media sosial

Ini kerana menurut pelawak itu yang juga adik kepada Allahyarham Abam Bocey, beliau didakwa telah disekat oleh Nor Hidayah di laman sosial.

Walaubagaimanapun, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Redzuan, 31, akur dengan apa yang terjadi dan enggan meletakkan kesalahan tersebut kepada mana-mana pihak.

Terdahulu, Abam Bocey atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada 10 Februari lalu.

Hamzah sering tercari-cari ayahnya

Selain itu, Nor Hidayah turut meluahkan rasa sedih melihatkan anak lelakinya yang sedang belajar berjalan tercari-cari dan memanggil bapanya.

“Sekarang Hamzah dah nak pandai berjalan sambil tercari-cari ayahnya”.

“Bila nampak gambar ayahnya yang saya tampal di dinding, perkataan pertama yang Hamzah sebut adalah ayah”.

Sayu hati perkataan pertama disebut adalah ayah

“Sayunya hati saya bila perkataan pertama yang disebut adalah ayah”ujarnya lagi.

“Setiap kali dia nak tidur, mesti dia akan peluk gambar ayahnya dan terus tidur. Pandai dan cerdiknya anak ibu,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hidayah_ (@hidayah_abam) on

Disamping itu, Nor Hidayah mengakui turut terkesan dan sedih apabila menjalani ibadah Ramadan tahun ini tanpa suami di sisi.

Sedih sambut Ramadhan kali ini

“Suasana menyambut Ramadan tahun ini berbeza tanpa suami di sisi, sedih yang tak mampu saya ungkapkan dengan kata-kata”.

“Biasanya, masa bersahur saya akan masak untuk bersahur bersama-sama”.

“Manakala sebelum waktu berbuka, saya dan arwah suami saya akan masak bersama-sama untuk juadah berbuka puasa, saling tolong-menolong, ” ujarnya.

Semoga segala perselisihan faham dapat diselesaikan dengan baik dan diharap Nor Hidayah dan Uthman tabah dengan kehilangan Allahyarham Abam.