“Ustaz telah menceraikan saya pada..” Baru Hamil Anak Pertama, Isteri Dai Farhan Sahkan Sudah Bercerai

Nampaknya sudah sampai ke pengakhiran kemelut rumah tangga Da’i Farhan dengan isteri barunya Noorainul Naqim Mohd Radzi apabila wanita itu memberitahu bahawa dirinya sudah bercerai dengan pendakwah muda tersebut.

Berita tersebut telah disampaikan sendiri oleh Ainul melalui muat naik di Instagram sebentar tadi dengan menulis panjang lebar mengenai jalan cerita pernikahan mereka.

Noorainul memaklumkan bahawa suaminya Da’i Farhan sudah melafazkan talak pada 27 April yang lalu selepas dirinya hamil anak pertama bersama pendakwah tersebut.

Malah, menerusi perkongsian itu, Da’i Farhan dikatakan terlalu merindui anak-anaknya dan atas desakan pelbagai pihak, Ainul mendakwa dengan rela memilih untuk diceraikan.

Rentetan daripada itu, Aimul berharap agar tidak lagi dikaitkan dengan Dai Farhan dan sempat memohon maaf sepanjang pernikahan mereka andai kata ada pihak yang terguris.

Sebelum ini Ainul telah mengesahkan bahawa dirinya hamil dan memuat naik berita gembira itu di media sosial selepas berasa loya dan muntah-muntah pada 25 April yang lalu.

Ainul disahkan hamil setelah ujian kehamilan yang dilakukan menunjukkan dua garis.

Terdahulu, isu perkahwinan kedua pendakwah bebas Nik Farhan menjadi bualan netizen apabila dia mengesahkan mengenai khabar angin sudah menceraiikan isteri pertamanya Fatin.

Pemilik nama sebenar Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 29, berkata, dia menceraiikan Fatin dengan talakk satu menerusi rakaman suara pada aplikasi WhatApp pada tengah hari Selasa.


“Yang ceraii itu betul… ustaz ceraiikan dia (Fatin) dengan talakk satu tengah hari tadi (Selasa),”

Namun begitu, Nik Farhan menafikan dia telah melakukan kekerrasan terhadap wanita itu seperti yang tular di laman sosial.

Malah, Farhan berkata, dia juga tidak berada di luar negara seperti yang dikatakan oleh wanita terbabit.

“Ini fittnah kepada ustaz sebenarnya, Fatin sekarang di kampung bersama keluarganya. Yang ceraii itu betul yang (tuduhan) lain fittnah,” ujarnya.