[VIDEO] “Tak penah mengecewakan, terbaik kak zulin” Zulin Aziz Buat Hal Lagi, Video Kali Ni Pasal Masak Sahur

Sebelum ini, telah tular beberapa video lucu yang dihasilkan oleh pelakon Zulin Aziz sehingga peminat mahu beliau terus menghasilkan video.

Oleh itu, setelah sekian lama tidak menghasilkan video Zulin Aziz akhirnya memuat naik video sambungan drama lucunya.

Zulin Aziz berbakat dan kreatif

Menerusi laman Instagram Zulin Aziz berkongsikan kreativitinya dimana dia menghasilkan video drama yang menggunakan beberapa babak dalam filem daripada pelakon-pelakon Bollywood popular.

Ekoran dari tularnya video yang turut menarik perhatian dan pengacara ini semakin menjadi perhatian warganet.

Penampilan watak yang menarik penonton

Menerusi video-video yang dihasilkan oleh beliau, penampilan watak merupakan salah satu tarikan peminat menontonnya.

Sebelum ini, kreativiti Zulin Aziz yang sangat mencuit hati ramai merupakan watak daripada pelakon popular, Arjun Rampal yang membawakan watak sebagai suaminya.

 

View this post on Instagram

 

Nah tok kiah hang dah mai

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on

Nampaknya, drama lucu dihasilkan oleh Zulin Aziz mempunyai sambungan yang membuatkan ramai ternanti-nanti untuk menontonnya.

Zulin buat hal video lagi

Ramai yang mengakui, bahawa dramanya itu mampu membuatkan ramai gelak besar gara-gara kreativitinya di musim kuarantin ini.

 

View this post on Instagram

 

Dia bersubahattttt rupanya!!!! Tok kiah dgn arjun ni nak kene ni. Takde mood nak masak sahur!!😤

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on

Selain itu, video lawak terbaru beliau juga berjaya mencuit hati ramai peminat dan pengikutnya.

Ternyata pelakon dan pengacara ini mempunyai bakat dan kreativiti yang mampu membuatkan peminatnya terhibur.