“Pergaduhan di angkasa” Jerit Ketakutan Naik ‘Skybike’, Adik Geram Terus Marah Si Kakak Buat Ramai Terhibur!

Ramai yang sukakan aktiviti-aktiviti mencabar seperti skybike, flying fox, sky diving dan macam-macam lagi.

Iospital phone repair gombak

Walau bagaimanapun, tidak semua mampu menikmati keseronokan aktiviti ‘extreme’ ini lebih-lebih lagi bagi mereka yang ada perasaan gayat yang melampau.

Sama seperti kisah yang tular di laman TikTok di mana seorang gadis ketakutan ketika melakukan aktiviti ‘skybike’ sehingga memarahi adiknya telah mencuri perhatian warga maya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @shaffiyanatashaaa itu, adiknya itu kelihatan sangat ‘relax’ dan menikmati momennya bermain permainan ekstrem itu.

Berbeza dengan kakaknya, kakaknya dapat dilihat mula rasa takut sambil membebel ingin turun.

“Abang, saya tak nak bang! Cancel lah!” katanya dalam nada cemas sebelum memulakan aktiviti tersebut.

Namun begitu, dua beradik ini meneruskan juga aktiviti ekstrem itu kerana sudah pun berada di atas landasan skybike.

Apa yang membuatkan warga netizen lebih terhibur adalah apabila si adik merakamkan video tersebut kelihatan sangat tenang sekali, akan tetapi kakaknya itu membebel-bebel sambil menjerit-jerit kerana ketakutan.

“First and last la aku naik bendalah ni. Cuakss mat!” tulis si kakak di ruangan kapsyen video yang tular itu.

Akhir video, adiknya itu sudah tidak tahan lagi lalu terus memarahi kakaknya.

“Dah kayuh jelah, halah kau takut takut dah nak habis kan?” marah si adik kepada kakak.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video berkenaan telah meraih sebanyak 1.3M tontonan, 143.9K tanda suka, dan 3625 di laman platform sosial tersebut.

Melihat ke ruangan komen, orang ramai terhibur melihat aksi dua beradik ini ketika ‘bergaduh di angkasa’ dan berseloroh mengenainya.

Antara komen netizen:

“adik dia dah stress AHAHHAAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHA 🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣 sampai ayah dia pun kena marah 😭😭😭😭”


“puas hati aku tengok adik dia marah 😂”

“Hahahah 😂 adik diaa stress dah weyy 😂😂 sekali ayah diaa kena marahh 😂”

Video TikTok yang tular:

@shaffiyanatashaaa First and last la aku naik bendalah ni. Cuakss mat! 🤣 #gunungjerai #skybike ♬ original sound – Shaffiyanatasha