“Daddy meninggal, umuq mak 35 thn, anak 6 org, paling bongsu baqu 50 haqi, harap2..” Che Ta Kagum Pengorbanan dan Kesetiaan Ibu

Pelakon popular Rozita Che Wan ataupun lebih mesra dengan panggilan Che Ta menzahirkan rasa hormat dan kagumnya terhadap  ibunya yang berkorban sejak dari muda dalam membesarkan anak-anak.

Di dalam satu posting di Instagram Che Ta menyatakan rasa sayang pada ibunya dan menceritakan bagaimana keadaan mereka semasa kecil.

Che Ta memberitahu bahawa arwah ayahnya telah menghadap ilahi ketika ibunya baru berumur 35 tahun.

Ibunya membesarkan seramai 6 orang anak sendiri dengan sabar dan penuh kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.

Lebih menyentuh hati apabila adik bongsu Che Ta baru saja berusia 50 hari pada ketika ayahnya meninggal.

Che Ta juga kagum dengan ibunya yang sangat setia dengan arwah suami dan tidak berkahwin lain.

Malah, Che Ta juga berdoa semoga beliau juga dapat mengikut jejak langkah ibunya dan setia hingga hujung nyawa.

“Sayang mak .. Arwah daddy meninggal masa tu umuq mak 35 thn .. anak 6 org, umuq adik paling bongsu baqu 50 haqi , mak tak gaduh pun nk menikah lain , sebab mak setia.. haqap2 anak mak ni pun setia @zainsaidin23 .
Lunch #5thanniversary celebration”

Rozita Che Wan lahir pada 9 Mac 1973 ialah seorang pelakon, pengacara dan penerbit yang terkenal di Malaysia.

Che Ta merupakan anak kedua daripada tujuh beradik dan pernah menyertai Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai pramugari pada 1992 dan bertugas kira-kira tiga tahun.

Pada ketika itu Che Ta menyertai beberapa pertandingan ratu cantik termasuk Dewi Remaja 1993/94 tetapi terpaksa menarik diri di peringkat akhir kerana komitmen kerja.

Che Ta cukup terkenal dengan siri komedi Kiah Pekasam yang berjaya meletakkannya sebagai salah seorang pelakon komedi wanita yang cukup digemari.

Walaupun terkenal dengan watak-watak komedi hingga beberapa kali dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Che Ta pernah dicalonkan untuk gelaran Pelakon TV Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2011 dan Pelakon Pembantu TV Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2008 untuk lakonan serius dalam drama Masih Ada Harapan dan Wasiat Fitrah.

Selain terkenal dengan dunia lakonan, Che Ta juga merupakan antara selebriti wanita yang cukup popular di media sosial dan sering mendapat perhatian umum.