[VIDEO] “Juri Hafal Dan Nyanyi Lagu Siti” Siti Nurhaliza Disambut Meriah di Indonesia, Trending Di Youtube

Penyanyi paling popular Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tok Ti telah berkunjung ke Indonesia untuk mempromosikan konsert solonya yang akan diadakan beberapa bulan lagi.

Siti juga telah dijemput ke satu program nyanyian terkenal di Indonesia iaitu program Rising Star.

Di dalam pertandingan itu, juri-jurinya adalah daripada artis terkenal Indonesia iaitu Datuk Rossa, Judika, Ariel Noah dan Yovie Widianto.

Menerusi satu video yang dimuatnaik di laman Instagram, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah mendendangkan lagu Anta Permana secara ‘live’.

Persembahan Tok Ti mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton dan juga juri.

Juri hafal semua lagu Siti

Apa yang membanggakan, Datuk Siti berjaya membuat para juri rancangan tersebut turut menyanyi lagu-lagu hits beliau.

Bayangkan, semua juri yang merupakan artis paling poular di Indonesia menyanyi bersama Siti dan boleh dikatakan mereka semua hafal lagu-lagu Siti.

Video yang dimuatnaik oleh Datuk Siti telah dibanjiri dengan komen-komen dari peminat Indonesia.

Rata-rata merasa bangga dengan kehadiran Datuk Siti ke Indonesia dan dikatakan Siti telah menjadi trending di laman sosial di Indonesia.

Dato’ Sri Siti Nurhaliza binti Tarudin lahir 11 Januari 1979, lebih dikenali sebagai Siti Nurhaliza merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman, pengacara televisyen dan ahli perniagaan terkenal di Malaysia.

Siti memulakan kerjayanya di industri muzik Malaysia pada usia 16 tahun selepas memenangi pertandingan nyanyian Bintang HMI anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1 April 1995 di mana beliau menerima tawaran kontrak rakaman daripada empat syarikat rakaman antarabangsa sebelum dilamar oleh Suria Records.

Single sulungnya, “Jerat Percintaan” telah memenangi Anugerah Juara Lagu ke-11 dan dua anugerah lagi untuk Persembahan Terbaik dan Lagu Balada Terbaik.

Album pertamanya sendiri, sehingga 2005, ia telah terjual sebanyak 800, 000 unit di Malaysia sahaja Selain itu, beliau juga telah mendapat gelaran Ratu Pop Malaysia.

Sepanjang kerjayanya, Siti telah memenangi pelbagai anugerah dari dalam dan juga luar negara.

Siti juga telah digelar sebagai Voice of Asia selepas memenangi Grand Prix Champion pada pertandingan nyanyian Voice of Asia di Almaty, Kazakhstan pada tahun 2002.

Beberapa tahun sebelumnya, beliau telah memenangi beberapa pertandingan nyanyian antarabangsa, antaranya Anugerah Emas Pertandingan Penyanyi Baru Asia di Shanghai Asia Music Festival, yang di adakan di Shanghai, China pada tahun 1999, dan Anugerah Persembahan Vokal Terbaik Wanita serta Pemenang Pop/Top 40 Kategori Lagu International di South Pacific International Song and Singing Competition 1999 yang diadakan di Gold Coast, Queensland, Australia, pada tahun yang sama.

Sehingga kini beliau telah memenangi hampir 300 anugerah dan penghargaan dari dalam dan luar negara.

Antara anugerah yang dimenanginya termasuklah 42 Anugerah Industri Muzik, 23 Anugerah Bintang Popular, 26 Anugerah Planet Muzik, 18 Anugerah Juara Lagu, 4 Anugerah MTV Asia, 3 Anugerah Muzik Dunia, 2 Anugerah Musik Indonesia, 2 Anugerah Muzik Singapura dan pemegang 2 rekod di dalam Malaysia Book of Records.

Di dalam kerjayanya, Siti telah merakamkan dan menyanyikan lagu dalam pelbagai bahasa, termasuk bahasa Melayu, Inggeris, Indonesia, Jawa, Mandarin, Hindi, Arab dan Jepun.