COVID19: Peserta Tabliigh Sri Petaling Berusia 34 Tahun Meninggal Dunia

Hari ini negara kita mencatatkan dua kematian akibat wabak COVID 19 di mana melibatkan kes-178 iaitu peserta tabligh di Sri Petaling dan kes-358 pastor di Sarawak.

Menerusi kenyataan KKM di Twitter, kedua-dua mangsa adalah kes berasingan.

TERKINI: Dua kematian #COVIDー19 iaitu kes ke-178 dan kes ke-358 dilaporkan di CPRC, hari ini, 17 Mac.

1. Kes ke-178 lelaki warga Malaysia berumur 34 thn yang pernah hadir perhimpunan tabligh di Sri Petaling.

Beliau bergejala mulai 5 Mac & dirawat di Hospital Permai pada 12 Mac selepas positif COVID-19. Keadaan beliau merosot dan dimasukkan ke ICU. Beliau disah meninggal dunia hari ini.

2. Kes ke-358 lelaki warga tempatan 60thn mempunyai sejarah kronik. Mula bergejala pada 7 Mac dan dirawat Hosp. Umum Sarawak pd 14 Mac.

Kesihatan mula merosot dan dimasukkan ke ICU. Beliau disahkan meninggal dunia pada 17 Mac.

TERKINI: 17 Mac. 120 lagi kes baru dilaporkan di Malaysia menjadikan 673 kes.

95 drpd kes baru itu berkait dengan kes kluster perhimpunan di Sri Petaling.

Manakala 7 lagi pesakit telah sembuh menjadikan 49 setakat ini.