[TERKINI] Malaysia Catat Kematian Pertama Pesakit COVID-19

Setelah beberapa minggu negara kita berhadapan dengan wabak koronavirus COVID-19, hari ini, kematian pertama telah dicatatkan disebabkan oleh COVID-19.

Menurut laporan HMetro, pesakit seorang paderi daripada Gereja Baptis Emmanuel, Kuching, Sarawak berusia 60 tahun yang disahkan meninggal dunia 11 pagi tadi di Hospital Umum Sarawak di Kuching.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak memaklumkan, Jabatan Kesihatan Negeri dalam proses mengenalpasti kontak rapat mangsa setakat hari ini.

“Seramai 193 kontak rapat mangsa sedang dikesan dan diarahkan menjalani kuarantin.

“Sarawak merekodkan 11 kes baharu hari ini dan enam daripadanya dari Kuching, tiga dari Limbang dan masing-masing seorang dari Betong dan Lawas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kesemua mereka kini dirawat di Hospital Umum Sarawak, Hospital Sibu dan Hospital Miri.

“Sebanyak 35 orang diletakkan di bawah pesakit pengesanan kes yang disyaki (PUI) manakala 204 pesakit masih lagi menunggu keputusan ujian darah.

“Setakat ini, 45 kes Covid-19 di Sarawak di kesan di bawah empat kluster iaitu kluster Sri Petaling, Gereja Kuching, Sarikei dan satu di Kuching,” katanya.

Terdahulu, Sarawak telah merekodkan lapan kes baharu COVID-19 pada Selasa, menjadikan jumlah keseluruhan positif virus itu kepada 42 kes sehingga kini.

Daripada jumlah itu, lima kes dikesan di Hospital Umum Sarawak (HUS), manakala dua lagi di Hospital Miri dan Hospital Sibu (satu).

Perkembangan itu dimaklumkan dalam Laporan COVID-19 oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Sementara itu, sebanyak 35 kes baharu diklasifikasikan sebagai kes orang yang disyaki (PUI) direkodkan pada Selasa.

Menurut jawatankuasa itu lagi, 204 kes masih menunggu keputusan ujian makmal.

Laporan itu turut menyebut, jumlah keseluruhan kes yang sudah diuji sejak 11 Januari lalu adalah sebanyak 502 kes dengan 263 kes adalah negatif.

Selain itu, 656 jumlah kes direkodkan menerusi pengesanan kontak kluster satu.

Dalam pada itu, larangan rakyat Malaysia untuk meninggalkan negara, seperti mana dinyatakan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan, turut meliputi mereka yang bekerja di Singapura dan Thailand, kata Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee Daud.

Beliau berkata, ia akan berkuatkuasa mengikut tempoh yang ditetapkan di bawah pewartaan perintah itu, iaitu antara 18 hingga 31 Mac, 2020.

“Penjelasan – Larangan ke luar negara adalah termasuk pekerja rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan Thailand,” katanya melalui aplikasi Whatsapp kepada Astro AWANI, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa perintah kawalan tersebut dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967

“Situasi semasa wabak ini memerlukan tindakan drastik diambil bagi memulihkan keadaan secepat mungkin,” katanya lagi melalui perutusan khas mengenai situasi semasa COVID-19 pada Isnin malam.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) Singapura dalam reaksi balas berkata, kerajaan republik itu akan bekerjasama dengan sektor awam dan swasta bagi menyediakan tempat penginapan sementara untuk pekerja dari Malaysia.

Dalam satu kenyataan media, MOM berkata, antara tempat penginapan yang sedang dalam pertimbangan melibatkan hotel dan dorm, bilik dan unit rumah di bawah seliaan Lembaga Pembangunan Perumahan (HDB), serta perumahan swasta.

MOM turut menggalakkan golongan pekerja terbabit untuk tinggal dengan saudara-mara, rakan, atau rakan sekerja yang bersedia menyediakan tempat penginapan sementara untuk mereka.

“Kami ingin menasihati majikan di Singapura untuk menilai tenaga kerja mereka dengan teliti, dan membuat keputusan yang bersesuaian mengenai pekerja mereka dari Malaysia.

“Kerajaan akan memberi keutamaan kepada syarikat yang menyediakan perkhidmatan penting seperti kesihatan, keselamatan, pembersihan, pengurusan bahan terbuang, pengurusan fasiliti, logistik dan pengangkutan,” katanya lagi.

MOM berkata, kerajaan akan turut berusaha mencari jalan untuk menyediakan bantuan kewangan kepada syarikat yang memerlukan.

“Objektif kami adalah untuk mengurangkan impak dalam penyediaan perkhidmatan kepada rakyat kami,” katanya lagi.