[VIDEO] Jenazah COVID-19 Selamat Dikebumi Di Johor, Isteri Dan Anak Tak Dibenarkan Terlibat

Jenazah mangsa wabak COVID-19 yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Johor Bahru. Jenazah lelaki berusia 34 tahun itu tiba di kawasan perkuburan sekitar jam 8.15 malam tadi. Kira-kira 10 petugas dipercayai kakitangan hospital lengkap berpakaian perlindungan dilihat sedang menguruskan jenazah, manakala isteri dan anak allahyarham [...]

Semalam negara kita dikejutkan dengan dua kematian membabitkan wabak COVID-19.

Salah satu mangsa meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Johor Bahru.

Jenazah lelaki berusia 34 tahun itu tiba di kawasan perkuburan sekitar jam 8.15 malam tadi.

Difahamkan kira-kira sepuluh orang petugas dipercayai kakitangan hospital lengkap berpakaian perlindungan dilihat sedang menguruskan jenazah.

Lebih menyayat hati apabila isteri dan anak Allahyarham tidak dibenarkan terlibat kerana masih lagi dikuarantin di Hospital Permai.

Malah pengamal media juga tidak dibenarkan berada berhampiran kawasan perkuburan dan diminta untuk menjarakkan diri pada kedudukan 50 meter.

Allahyarham merupakan pesakit ke-178 di Malaysia daripada kluster jangkitan perhimpunan tabligh di Masjid Jamek, Sri Petaling.

Beliau dilaporkan mulai demam pada 5 Mac lalu sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Permai pada 12 Mac lepas.

Menerusi kenyataan KM di Twitter, dua kematian #COVIDー19 melibatkan kes ke-178 dan kes ke-358 pada 17 Mac 2020.

Kes ke-178 adalah lelaki warga Malaysia berumur 34 tahun yang pernah hadir perhimpunan tabligh di Sri Petaling.

Beliau bergejala mulai 5 Mac dan dirawat di Hospital Permai pada 12 Mac selepas positif COVID-19.

Keadaan beliau merosot dan dimasukkan ke ICU. Beliau disah meninggal dunia pada 17 Mac 2020.

Kes ke-358 pula adalah lelaki warga tempatan 60 tahun yang mempunyai sejarah kronik. Mula bergejala pada 7 Mac dan dirawat Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac.

Kesihatan mula merosot dan dimasukkan ke ICU. Beliau disahkan meninggal dunia pada 17 Mac 2020.

Mangsa merupakan seorang paderi daripada Gereja Baptis Emmanuel, Kuching, Sarawak dan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak memaklumkan, Jabatan Kesihatan Negeri dalam proses mengenalpasti kontak rapat mangsa setakat hari ini.