Minion Comel Tergolek Selepas ‘Healing’ di Pantai Teluk Cempedak, Cari Rezeki Sebab Enggan Susahkan Keluarga

Setiap kali pergi ke tempat pelancongan, mesti korang pernah nampak orang yang memakai kostum kartun untuk menarik perhatian para pelancong lebih-lebih lagi kanak-kanak.

Iospital phone repair gombak

Tapi disebalik kecomelan kostum, pernah tak korang terfikir kepenatan dan kegigihan seseorang itu dalam mencari rezeki?

Minggu lalu, tular satu video di TikTok @itsflower01 memaparkan kartun Minion bergerak mencari rezeki di kawasan peranginan Pantai Teluk Cempedak, Kuantan.

Menerusi video yang dikongsi, dilihat Minion berkenaan membawa satu kotak untuk mengisi duit sumbangan ikhlas yang diberikan oleh pelancong yang ada di sana.

Walaupun hasilnya tidak banyak, tetapi cukuplah untuk Minion ini menampung sedikit sebanyak keperluannya dengan adanya pelancong yang ingin mengambil gambar.

Selain itu, ada juga video menunjukkan Minion itu sedang ‘healing‘ di tepi laut namun bingkas berlari setelah ombak datang menyerangnya menyebabkan dia tergolek di atas pasir.

Oleh itu, ramai yang kasihan dan memikirkan kelelahan yang ditanggung Minion itu. Malah, menimbulkan persoalan di kalangan netizen siapalah yang membawa kostum ini dari siang ke malam.

Rupa-rupanya dia adalah seorang kanak-kanak lelaki lingkungan sekolah rendah atau awal menengah dan adiknya pula mengenakan kostum teddy bear, sama-sama mencari rezeki.

Menurut kakak mereka, adik-adiknya mencari rezeki sebegitu adalah kerana tidak mahu menyusahkan keluarga dan bukanlah kerana keluarga tidak ambil berat tentang mereka.

Meninjau ke ruangan komen, netizen geram melihat gelagat si Minion yang cuba lari dari ombak. Selain itu, mereka turut bangga dengan kanak-kanak ini kerana cuba mencari duit sendiri walaupun pada usia yang sangat muda.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“😂😂😂”

“Disebalik kecomelan ada usaha yg keras”


“kesiannya costume dia dah comot 🥺”

“TAK MINTAK BANYAK PUN CUMA NAK TAHU SAPE DIA DALAM TU 😭😭”

“Tengah healing ke tuu”

Video yang tular di laman TikTok

@itsflower01 ni eh minion yang viral tu🤣 #fypage #viral #minions ♬ original sound – AHMAD MUHAMMAD

@ikah607 minion viral😆 #minion #telukcempedak #fypシ ♬ Nan Ko Paham – Kkz D BLG

@shafshafiq Ehh.. Tetiba si Minion ni jadi tinggi 😆 #minion #pantaitelukcempedak #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – AHMAD MUHAMMAD

@mdhaniff_ Replying to @AkmalFarhana semoga adik2 penghibur pengunjung #telukcempedakkuantan ni dimurahkan rezeki sokmo 🤲🏼 #fyp ♬ original sound – hanaafi_saman – hanaafi saman