Chef Safura Raih Emas di Ireland, Resepi Nasi Lemak Bunga Telang Julang Nama Malaysia

MALAYSIA sekali lagi berada di pentas dunia apabila seorang chef negara ini berjaya meraih pingat emas dalam sebuah pertandingan masakan di Dublin, Ireland. Siti Safura Mohd Tawil mendapat tempat pertama dalam pertandingan kelas masakan Asia-India di pertandingan Kulinari Chef Ireland 2020 (Chef Ireland Culinary Competition) yang dianjurkan oleh barisan panel chef dari Ireland. Namun, apa [...]

Satu lagi kebanggaan buat Malaysia di mata dunia apabila seorang chef tanah air berjaya merangkul pingat emas dalam satu pertandingan memasak di Dublin, Ireland.

Menerusi perkongsian yang tular baru-baru ini, Siti Safura Mohd Tawil telah dinobatkan juara dalam pertandingan kelas masakan Asia-India di pertandingan Kulinari Chef Ireland 2020 (Chef Ireland Culinary Competition) yang dianjurkan oleh barisan panel chef dari Ireland.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila Safura tidak membuat menu yang ‘fancy‘ tetapi mempertaruhkan masakan kegemaran rakyat Malaysia iaitu nasi lemak.

Di dalam pertandingan ini Safura telah menggunakan resepi Nasi Lemak Bunga Telang yang ternyata berjaya memikat hati juri.

Menerusi perkongsian di laman sosial Facebook, Safura berkongsi fotonya bersama pingat serta memaklumkan dia dianugerahkan pingat emas itu dalam pertandingan yang diadakan di Pameran Food & Bev Live 2020.

Chef Ireland culinary competition 2020

Alhamdulillah, Gold for Nasi Lemak Bunga Telang. Thank you to Malaysian Ambassador TYT Encik Zakaria Nasir and wife Puan Junainah for your endless support

Also thank you to Chef Boy, Chef Fauzan, Dr. Esa and Sir Razman for your advices and opinion. Really appreciate it!

Walaupun masih demam, Allah izin juga, Thank you Allah

Safura Tawil
5 February 2020
Cook for Malaysian Ambassador in Dublin, Ireland

Kini menetap di Ottawa, Kanada, Safura turut bersyukur dianugerahkan kemenangan tersebut walaupun keadaan kesihatan yang kurang baik.

Diharapkan kejayaan Safura ini menjadi inspirasi dan dorongan kepada semua pembaca untuk terus berusaha mengejar kejayaan.