Kasih Hingga Hujung Nyawa, Tunggu Anak Interview Bapa Meninggal Dalam Kereta

Kasih ibu bawa ke syurga, kasih bapa hingga hujung nyawa. Begitu besar kasih ibu dan bapa kepada anak-anak.

Kisah ini mengenai seorang bapa yang menemani anaknya menghadiri satu temuduga dan disahkan meninggal di dalam kereta.

Kasih ayah yang tetap mahu menemani anaknya walaupun tidak sihat

Dikhabarkan arwah tidak sihat ketika itu tetapi masih mahu menemani anaknya untuk temuduga kerja ketika itu.

Sementara menunggu anaknya itu, arwah dikatakan berehat di dalam kereta dan akhirnya tidak sedarkan diri selepas disedar orang ramai yang berada di situ.

Arwah demam sejak tiga hari lalu

“Walaupun demam sejak tiga hari lalu, arwah sanggup menemani anak bongsunya menghadiri temu duga kerja hari ini”ujar Mohd Ali kepada Harian Metro.

Menurut Mohd Ali Ahmad, 55, sepupu kepada Mustafa Ariffin, 60-an yang ditemui meninggal dunia dalam kereta di tempat parkir hadapan Wisma Persekutuan di Alor Setar, hari ini.

Arwah dibantu oleh orang awam

Ketika kejadian itu sekitar jam 10.30 pagi, mangsa dikatakan tidak sedarkan diri di tempat duduk penumpang hadapan pemandu kereta.

Orang awan yang berada di tempat kejadian cuba membantu setelah mangsa dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Ketika kejadian, dia seorang diri di dalam kereta kereta manakala isterinya menemani anak mereka menghadiri temu duga di tingkat atas bangunan kerajaan itu.

Arwah sentiasa kelihatan sihat sebelum ini

Mohd Ali turut berkata, sepupunya tidak pernah mengadu sakit sebelum ini, malah dia sentiasa kelihatan sihat.

Ujarnya, dia juga berasa terkejut apabila dihubungi anak mangsa yang memaklumkan bapanya sudah meninggal dunia.

“Saya bergegas ke sini dan mendapati jenazah mangsa masih dalam kereta”.

“Mereka menetap di Kampung Teloi, Kuala Ketil bertolak ke sini pagi tadi dan kereta berkenaan dipandu anak mangsa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Menurut Mohd Ali, hubungan dia dan sepupunya sangat rapat dan kali terakhir mereka bertemu Disember lalu ketika majlis perkahwinan anaknya.

Kami sekeluarga redho dengan pemergian arwah

Katanya, ketika majlis itu arwah banyak bergurau dan kelihatan ceria.

“Apa pun kami sekeluarga reda dengan pemergiannya,” katanya.

Kemudian, mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Semoga ahli keluarga diberikan kekuatan menghadapi pemergian insan tersayang dan arwah ditempatkan dalam golongan beriman.