“Check CCTV, dia sanggup patah balik” Wanita Sarat Hamil Pelik Rider Minta Izin Masuk Rumah, Rupa-Rupanya Sebab Biawak

Seperti yang kita tahu, gigitan haiwan liar seperti biawak sangat berbahaya. Antara ‘effect’ paling sering terjadi kepada manusia adalah muncul bengkak sesaat setelah digigit binatang ini oleh kerana bakteria yang ada dalam liur biawak mampu masuk dalam aliran darah dan mengganggu kelancaran darah untuk mengalir.

Jadi tidak hairan lah kalau ada yang lari tak cukup tanah kalau terserempak dengan haiwan ni.

Namun lain pula ceritanya dnegan kisah yang tular kali ini dimana seorang wanita berkongsi detik cemas menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di luar sebuah rumah memaparkan seekor biawak masuk ke dalam kawasan kediamannya.

Memetik laporan mStar, Wanita yang memegang nama Siti Umira @ Siti Aniah Udin berkata, insiden itu sebenarnya berlaku pada April tahun lalu dan rakaman CCTV baru dikongsi di laman sosial.

Difahamkan, ketika kejadian di rumahnya di Puchong, Selangor, wanita yang berusia 28 tahun ini sedang sarat hamil anak sulung dengan usia kandungan sembilan bulan.

“Masa berlaku tu kira-kira pukul 3 petang dan saya berada di dapur. Tiba-tiba saya dengar bunyi hon motosikal dari luar rumah.”

“Dari dalam rumah, saya nampak ada seorang rider hantar barang. Pelik juga sebab saya tak order barang, tak kenal dan tak pernah nampak rider tu sebelum ni,” katanya

Umira juga turut memaklumkan ketika kejadian dia bersendirian di rumah, manakala suaminya keluar bekerja sebagai penghantar makanan.

“Saya tak berani buka pintu. Dari luar pintu pagar, rider tu beritahu ada seekor biawak besar masuk ke kawasan rumah, dan dia nak tolong halau keluar biawak tu”

“Tapi saya tak nampak biawak tu. Saya cuma dengar bunyi-bunyi bising seperti sesuatu berada di kawasan rumah,” ujarnya yang berasal dari Wakaf Bharu, Kelantan.

Wanita ini mengakui kejadian tersebut membuatnya takut dan dikatakan dia baru sahaja berpindah ke rumah tersebut hampir sebulan.

“Kalau rider tu tak halau, saya risau biawak tu akan panjat peralatan motosikal di tepi luar rumah yang membolehkan ia menyelinap masuk ikut tingkap kecil di bilik air.”

“Masa tu saya sarat hamil. Nak bawa perut berjalan jauh pun tak larat, apatah lagi nak lari kalau biawak masuk rumah. Jadi, saya lebih takutkan biawak.”

“Dari dalam rumah dengan semua pintu berkunci, saya beritahu rider boleh masuk untuk halau biawak,” ujar Umira yang baru mendirikan rumah tangga pada Ogos 2020.

“Saya ucap terima kasih dari dalam sebelum rider beredar. Saya kemudian call suami minta periksa CCTV sebab dia ada akses tengok rakaman dari telefon.”

Bersyukur tiada kejadian buruk berlaku

“Sah! Memang biawak masuk ke rumah. Menerusi rakaman CCTV, rider tu dah nampak biawak depan pintu pagar sebelum beredar, tapi berpatah balik nak alert tuan rumah.”

“Saya bersyukur sebab tiada kejadian buruk berlaku. Hanya fikir keselamatan diri dan kandungan. Alhamdulillah, saya selamat lahir anak lelaki pada Mei lalu,” katanya sambil menambah anaknya kini berusia tujuh bulan.

Video yang tular:

@umiraudin Semoga Allah permudahkan segala urusan abg rider ni 🤲 #orangbaik #abgrider #alhamdulillah ♬ Kubersyukur – Lisa A. Riyanto

“Saya akui perkara sebegitu logik di zaman sekarang. Tapi pada masa sama, saya berdoa agar diberi perlindungan, dan mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengunci pintu rumah.

“Kalau kita ada niat baik nak tolong orang, ikut cara yang sepatutnya. Macam rider tu, dia panggil dulu dan beritahu ada biawak, minta izin masuk ke kawasan rumah untuk halau biawak tu.

“Mengikut rakaman CCTV, selalu juga biawak berkeliaran di kawasan perumahan. Saya yakin biawak sentiasa ada sebab perasan di pagar rumah jiran-jiran ditutup dengan dawai. Saya juga pasang dawai di bawah pagar rumah selepas kejadian tu,” katanya.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 708.2K tontonan, 67.5K tanda suka, 541 komen dan 231 perkongsian di laman TikTok.