Mak Ayah ‘Berbunyi’ Anak Banyak Pakai Duit Sejak Masuk IPT, Siswa Buntu Fikir RM500 Sebulan Besar Atau Kecil

Setiap individu yang menyambung pelajaran ke peringkat Universiti sudah pasti ingin menamatkannya dengan kejayaan namun perjalanan
untuk menggengam segulung ijazah bukanlah satu perkara yang mudah bahkan terdapat pelbagai perngorbanan serta cabaran terutamanya masalah kewangan apatah lagi bila bukan dilahirkan dari keluarga yang senang.
Iospital phone repair gombak
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana eorang pelajar perempuan ini mengenai kekangan kewangan di institut pengajian tinggi (IPT) yang membuatkan dia runsing.

Memetik laporan mStar, ianya bermula apabila adik kepada pelajar tersebut memberitahu bahawa ibu bapa di rumah sedang bergelut untuk membiayai keperluan pengajiannya.

“Aku ada soalan, semalam aku ada video call dengan adik aku. Aku tanya dia semua okay ke dekat rumah.”

“Dan dia jawab yang mama dan abah cakap aku banyak pakai duit sejak masuk degree,” kata pelajar itu yang sekarang sedang berada dalam semester pertama pengajiannya.

Gelisah kerana mendengar perkahabaran kurang enak dari rumah, pelajar itu membuat congakan ringkas tentang jumlah perbelanjaan yang diperlukan bagi menampung pengajiannya.

“RM500 untuk pelajar degree sebulan cukup tak? RM500 untuk makan, minum, barang keperluan dan beberapa hal di universiti yang aku kena bayar.”

“Atau aku yang tak pandai berjimat sebenarnya,” getus pelajar itu bersendirian sambil mengenang nasib hidupnya.”

Pun begitu, pelajar itu mengatakan dia sudah berikhtiar untuk bersederhana dalam perbelanjaannya dan dia seperti mati akal mengapa masih tersepit dalam situasi sebegitu.

“Tapi aku dah serius cuba untuk berjimat. Siapa-siapa ada cadangan lain tentang cara yang lebih baik untuk aku berjimat?”


“Aku pun ada cari kerja sambilan tapi kawasan aku ni tak banyak kerja part-time untuk student,” kata pelajar itu dalam kebuntuan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pandangan masing-masing bahkan ada juga yang akui terpaksa melupakan impiannya untuk sambung belajar kerana dia tidak mahu menyusahkan ibu bapanya.

“Ini la salah satu sebab mengapa aku ketepikan impian degree aku. Aku tak nak keluarga bergolok-bergadai lagi. Sekarang aku pula kerja demi balas jasa mereka.”

Apa-apa pun, min doakan agar sesiapa yang sedang berusaha menimba ilmu demi masa depan yang cerah dipermudahkan segala urusan dan dapat mencapai kejayaan yang diimpikan.