Cabar Diri Akan Botak Jika Dapat ‘Gift Lion’, Sekali Singa Muncul Buat Pemuda Ini Terkedu!

Umum mengetahui, kini pengguna TikTok boleh memberikan ‘gift’ pada mereka yang melakukan ‘live’. Bukan sahaja ianya menunjukkan tanda sokongan malah boleh juga menerapkan sikap bersedekah.
Iospital phone repair gombak
Namun, setiap gift tersebut memiliki jumlah wang yang berbeza-beza. Jadi tidak hairanlah jika ramai yang teruja apabila mendapat gift ‘lion’ yang rata-rata tahu harganya sangat mahal.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki bersama dua rakannya bersiaran untuk mempromosikan kuih pau yang dijual di gerainya.

Bagiamanapun dia ‘terlepas cakap’ ketika membuat siaran live di TikTok bahawa dia akan membotakkan rambut jika mendapat gift ‘lion’.

“Kalau aku dapat lion, aku botak. Lion aku dapat, malam ni aku botak,” katanya.

Tanpa disangka-sangka, seorang penonton yang mengikuti siaran live ketika itu memberikannya ‘Gift Lion’ (Singa) sekali gus membuatkannya terkejut.



Tidak lama selepas itu, penonton yang lain mendesak pemuda berkenaan mengotakan janjinya untuk membotakkan rambut sebagaimana kata-kata yang diungkapkannya ketika bersiaran.

Untuk makluman, hadiah (gift) seperti ‘Singa’ adalah antara nilai gift yang cukup tinggi di TikTok iaitu 29,999 ‘coin’ atau sekitar RM1,500.

Memetik laporan mStar, pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Syed berkata, dia sejujurnya tidak menyangka kata-kata yang diungkapkannya menjadi kenyataan.

“Saya memang biasa buat live masa berniaga. Ketika itu saya fikir mustahil la ‘singa’ ni keluar. Sebab itu saya berani cakap nak botakkan rambut.

“Baru saja cakap, terus ‘singa’ keluar. Dah la cakap kuat, dalam hati ‘habislah’. Reaksi penonton pun mereka kata tak sabar nak tunggu saya live malam itu untuk tengok saya botakkan rambut,” cerita pemuda berusia 21 tahun ini.

Tambah Syed, dia sebenarnya tidak menggemari imej berambut botak namun menyifatkan apa yang berlaku ibarat kata pepatah ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’.

“Bila tengok rambut sendiri, menyesal pun ada. Tapi tak apa, ‘singa’ dah dapat… rambut tak apa, boleh tumbuh balik,” ujarnya sambil berseloroh.

Pemuda yang berasal dari Bintulu, Sarawak ini menambah, kejadian tersebut sama sekali tidak membuatkannya serik untuk melakukan perkara serupa.

“Bagi saya, sedikit sebanyak ia dapat menghiburkan orang. Saya okay selagi perkara berkenaan relevan dan boleh diterima.”

“Ada penonton yang cadangkan saya cukur kening… itu tak sangguplah saya buat. Saya beritahu, nanti buruklah muka saya, bang,” katanya.

Berkongsi serba sedikit mengenai dirinya, Syed berkata dia sudah hampir setahun bekerja sebagai peniaga pau di gerai Pau Pak Ngah yang terletak di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

“Setiap hari saya memang biasa buat live untuk promosikan pau. Ada 10 jenis flavour inti pau yang dijual. Yang paling dapat sambutan adalah inti mushroom chicken carbona dan cheesy beef bolognese. Selain itu, ada pau inti kari ayam, kari daging, kaya, kelapa dan lain-lain.

“Pada sebelah malam, saya kadang-kadang buat live di TikTok untuk cover lagu. Itu salah satu hobi… lagu yang biasa saya cover adalah lagu band 90an,” akhirinya.

Video yang tular di laman TikTok:

@abgpau01 Masok kandang singa geng🤣auto botak 🫠#fyp #paupakngah ♬ original sound – bigboss