“Aku selalu tunggu sisa anak je” Isteri Sebak Suami Terlalu Berkira, Siap Suruh Jangan Tambah Nasi Ketika Makan

Setiap wanita yang melayari bahtera perkahwinan pasti mengimpikan suami yang bertanggungjawab, tidak berkira, tidak culas isu nafkah dan mampu susah senang bersama-sama.
Iospital phone repair gombak
Pun begitu, tidak semua wanita dikurniakan pemimpin keluarga yang mampu melakukan perkara tersebut.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita meluahkan rasa kecewanya terhadap suami mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @kartikasaripelawii, difahamkan pada mulanya si suami terkejut melihat beras terlalu cepat habis serta menasihati isteri untuk tidak menambah nasi sewaktu makan.

Padahal, wanita tersebut memberitahu dirinya tidak makan nasi dalam kuantiti yang banyak dan kadang-kala memakan sisa nasi daripada makanan anaknya saja.


“Tadi minta duit dengan suami untuk beli beras.. terus suami terkejut kenapa cepat sangat habis berasnya, jadi dia suruh aku jangan menambah makan..”

“Padahal yang selalu tambah makan dia.. kalau aku nak menambah mesti fikir2 takut tak cukup.. kalau aku nak menambah, aku tunggu sisa dari nasi anak” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut bersimpati melihat nasib wanita ini malah ada juga yang memahami ‘akak’ itu kerana turut mempunyai suami yang memiliki sifat berkira.

Bukan itu sahaja, netizen turut berkongsi pengalaman yang lebih kurang sama dengan jalan cerita wanita ini.

Antara komen warga maya:

“Ya Allah kesian lihat akak.. rezeki suami akan banyak halangan kalau suami tak ikhlas bagi kita makan..”

“Kalau saya jadi akak.. saya beli beras tu bagi dia je makan sorang2.. puas hati”


“Isteri selalu mendahulukan suami dan anak2”

“Sabar kak.. aku juga pernah mengalami hal seperti itu.. jadi aku tau perasaannya.. pasti sakit sangat..”

“Sabar hanya untuk para isteri sinetron.. saya pernah diposisi awak.. sakit dan akhirnya menyerah kerana waktu 15 tahun sudah cukup.. tak ada perubahan..”

Video yang tular di laman TikTok:

@kartikasaripelawii Huhu sedih 😭#fyp #suamiistri #viral ♬ shalala lala – 🌺