Berguling mengalahkan Filem Tamil, Cubaan ‘Scam’ Lelaki Ini Untuk Dapatkan Pampasan Curi Perhatian Ramai

Sering kali kita dengar pelbagai modus operandi digunakan untuk menipu orang awam dengan melibatkan wang ringgit seseorang.

Iospital phone repair gombak

Modus operandi yang sering kita lihat ialah scam cinta, scam saman, dan lain-lain lagi.

Semakin lama, modus operandi scammer ini semakin kreatif demi mendapatkan wang dengan cara yang lebih pantas.

Sama seperti sebuah rakaman video yang memaparkan modus operandi mengejutkan orang ramai baru-baru ini sehingga tular di laman media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna laman Facebook Bosco Chu, kelihatan seorang pemuda berlakon seolah-olah seperti telah dilanggar dan mengalami kecederaan yang sangat teruk.

Sedangkan dirinya sendiri yang melompat ke atas kereta tersebut dan berpura-pura berada dalam kesihatan lalu berguling di atas jalan raya.

Difahamkan, modus operandi ini digunakan untuk scam pemandu demi mendapatkan pampasan kecelakaan.

Usaha scammer itu yang sedaya upaya menjadikan situasi itu nampak ‘real’ telah menjadi bualan hangat di media sosial.

Akan tetapi, aksinya yang berguling-guling itu terlihat sangat ‘over’ sehinggakan ada warga netizen yang membandingkan aksinya itu dengan drama Tamil yang sinonim dengan aksi mereka yang luar biasa.

Oleh hal demikian, kita sebagai pengguna jalan raya jangan mudah terpedaya dengan tipu helah mereka.

Seeloknya sediakan juga ‘dashcam’ di dalam kereta bagi keselamatan diri sendiri dan juga demi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa ditipu dengan modus operandi seperti berikut.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video tersebut telah berjaya meraih sebanyak 12K tanda suka, 2.5K komen dan 8.3K perkongsian di laman sosial Facebook.

Apabila menjengah di ruangan komen, orang ramai rata-ratanya berpendapat bahawa aksi berguling scammer itu terlihat sangat kelakar dan berseloroh mengenainya.

Antara komen netizen:

“Kalah itu film Bollywood oh”

“Pelakon profesional. Director tak suruh cut,dia pun tak berhenti berlakon”


“Tak pasti la saya salah kira atau tak, tapi dalam 71 kali pusingan jugaklah dia pusing”

“Macam manalah awak tak pening ya?”

“Perkara ni normal sahaja kat sana untuk dapat duit cepat”

Klik di sini untuk video penuh: KLIK SINI