“Bye abang cerek…” Abang Rider Pakai Helmet Rare Buat Johan Raja Lawak Tehibur Gara-Gara Terlalu Kreatif

Pekerjaan menjadi seorang penghantar makanan bukanlah sesuatu kerja yang mudah kerana mereka sering bekerja di bawah cuaca matahari yang panas. Namun ada seorang rider makanan ini menjadi bualan ramai setelah videonya dikongsikan di laman TikTok oleh seorang pelawak Malaysia.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh pelawak dan penyampai radio terkenal, Johan dan isterinya Ozlynn itu mereka sempat merakamkan momen yang menghiburkan mereka ketika menunggu lampu isyarat.

Pada awalnya, video tersebut hanya memaparkan seorang penghantar makanan namun lama kelamaan helmet yang dipakainya itu menarik perhatian Johan dan isterinya. Dapat juga kita lihat seorang rider  memakai helmet yang agak ‘rare’ malah ramai yang menyifatkan abang rider itu sangat kreatif dan boleh menghiburkan sesiapa sahaja yang melihatnya.

“comel gilaaa!.. dia buat lala move…aaa… dia nak hantar apa…cuba teka…? dia nak hantar cerek..” ujar pelawak tersebut.

“First time jumpa rider creative.. terhibur kejap.. slalu kita hibur kan org.. apapun, hati2 ye abg.. semoga dipermudahkan segala urusan abg..dan diperluaskan rezeki abg.. @zizanrazak869 helmet kita jom..” tulisnya di ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, Johan dan Ozlynn sempat menitipkan doa agar abang rider tersebut dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusannya.


 

Meninjau di ruangan komen juga rata-rata warga netizen di laman TikTok  terhibur dengan video abang penghantar makanan yang memakai helmet cerek.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen menyifatkan telatah abang cerek itu mampu menghilangkan stress pengguna jalan raya jika tersangkut di dalam kesesakkan lalu lintas.

Antara komen warganet di laman TikTok:

“Adeh..ingatkan apa lah yang digelaknya tengok kali ke 2, rupanya helmet cerek!”

“Kreatif betul abang rider tu..”

“Bila nampak tengah stress jem pun boleh hilang..dapat pahala abang ni sebab happykan kita..”

“Abang cerek sila munculkan diri..”

Video yang tular di laman TikTok:

@jozlynnhanania_ First time jumpa rider creative.. terhibur kejap.. slalu kita hibur kan org.. apapun, hati2 ye abg.. semoga dipermudahkan segala urusan abg..dan diperluaskan rezeki abg.. @zizanrazak869 ♬ original sound – JozlynnHanania_