“Saya lebih kenal anak saya..” Isu Azal Lamar Pelakon Di Set Penggambaran, Zarina Zainuddin Tampil Bidas Mulut Netizen

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon dan usahawan Zarina Zainuddin. Pelakon ini juga pernah menjadi salah seorang peserta pertandingan mencari wajah dan memenangi tempat ketiga. Dia juga sering muncul di kaca TV membawakan pelbagai watak. Lakonanya juga sentiasa dikagumi di kalangan peminatnya.

Umum mengetahui,  Zarina membesarkan dua daripada empat anaknya yang menghidap autisme malah sering berkongsi tentang dua orang anak istimewanya itu di media sosial.

Namun, baru-baru ini Zarina telah mencuri tumpuan ramai di laman Instagramnya kerana berkongsikan satu video yang memaparkan salah seorang anaknya Azal sedang melamar seorang pelakon Neera Azizi yang dipercayai di set penggambaran mereka.

Menerusi video tersebut, kelihatan Azal yang  sedang menyarungkan cincin malah dapat juga kita lihat beberapa orang yang turut berada di situ bersorak serta mengucapkan ‘tahniah’.

Video tersebut dipenuhi dengan komen negatif yang mana netizen menyifatkan  tidak baik memainkan perasaan seseorang apatah lagi pada mereka  insan yang  istimewa.

Susulan video tersebut, Zarina tampil memberikan penjelasan dengan memuat naik beberapa video. Jelasnya, video berkenaan merupakan satu lakonan dan mereka sedang terlibat dengan sebuah pengembaraan drama. Zarina juga berkata dia lagi mengenali anaknya daripada orang lain, Azal juga tahu yang perbuatannya itu sekadar ‘testing’.


“Azal cakap dia belakun jer dia pun tahu diri dia lah.. jangan buat andaian saya lebih kenal anak saya .. dia tahu ini sekadar lakunan saja testing sebelum shooting. Kalau ada Jodoh saya terima kalau takde pun takpe saya jaga anak teruna saya hingga ke hujung nyawa saya #autism #autismawareness”. tulisnya di ruangan kapsyen.

Tidak puas hati dengan kecaman netizen, Zarina memuat naik lagi sebuah video dengan kapsyen yang tidak mahu melayan kata-kata netizen.

“Apa lah korang dia practice berlakun jer ..macam macam andaian korang buat .. korang ni memang senang terhibur ke atau senang mengecam .. suka hati korang lah saya lebih kenal. anak saya hari2 dia berkepit dengan saya .. memang dia ada hati dengan perempuan cantik tapi dia tahu dia sapa ..sebab saya selalu ingatkan dia jodoh azal bidadari dari Syurga.. bukan di alam nyata”. jelasnya lagi di video itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen bersetuju dengan penjelasan Zarina yang mengatakan ianya hanya sekadar lakonan semata-mata dan bukanlah berniat untuk mempermainkan perasaan anaknya. Bukan itu sahaja,  ada juga netizen menasihatkan Zarina agar lebih berhati-hati dalam menulis kapsyen agar tiada warga maya yang salah faham.

Antara komen warganet di laman Instagram:

“Entah netizen ni, Azal nak gurau dengan netizen pun terus korang sentap..”

“Manusia, apa yang dia nampak depan mata dia menilai..Apa yang dia tak nampak depan mata pun dia boleh menilai.. Sabar lah sis”

“Netizen ambik berat n protective pada Azal kak”

“Iyalah puan sebab statement pun menyatakan seolah anak anak pun sedang melamar..”

Video yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)