Amyra Rosli Kena Scam Lebih RM240K, Sedih Kerja Ubah Suai Rumah Ibu Bapa Masih Terbengkalai & Rosak

Isu scam bukanlah satu perkara yang baharu memandangkan pelbagai kejadian yang dapat kita lihat di media sosial bahkan penipuan boleh terjadi dalam pelbagai bentuk contohnya melalui panggilan telefon, pukau, transaksi atas talian dan banyak lagi.
Iospital phone repair gombak
Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pelakon terkenal iaitu Amyra Rosli atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli ni bukan? dia juga mendirikan rumah tangga dengan pelakon berbakat iaitu Amar Bahrin dan kini mempunyai 2 orang cahaya mata bahkan psangan ini sering berkongsi tentang kehidupan seharian di media sosial sebagai tatapan untuk para peminat.

Pun begitu, tular di media sosial baru-baru ini dimana Amyra Rosli mendedahkan bahawa dirinya telah menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat pereka dalaman yang sepatutnya bertanggungjawab menyiapkan pengubahsuaian rumah ibu dan bapanya.

Menurut Amyra, walaupun telah pun membuat bayaran lebih RM240,000 dan ralat dengan sikap tidak bertanggungjawab individu terbabit, namun dia tetap reda dengan nasib yang menimpa keluarganya.

Memetik laporan mSTar, Apa lebih mengecewakan kata Amyra, kediaman ibu bapanya itu bukan sahaja tidak siap tetapi rumah tersebut juga mengalami kerosakan.

“Saya gunakan khidmat interior designer dari sebuah syarikat *** ini kononnya dapat memudahkan dan mencantikkan rumah mama ayah saya.”

“Selepas membuat bayaran sebanyak RM240,000 ++ dan hampir setahun kami menunggu dan sabar dengan segala alasan dari mereka, inilah hasil yang saya dapat…”


“Semakin rosak bangunan rumah mama ayah. Banyak juga saya dengar ramai yang terkena dengan diorang.”

“Ambil projek banyak-banyak and then terbengkalai… Astaghafirullahazim, berani betul korang aniaya orang dekat dunia ni,” jelasnya. Amyra juga menganggap perkara yang berlaku itu sebagai ujian dan mempunyai hikmah tersendiri.

Tak apalah, kita serahkan semua pada Allah, itu yang terbaik saya rasa. Dunia ni pun dah tenat, tak lama dah pun korang boleh ‘kencing’ orang sana sini.

“Dan sekarang saya perlu mula balik dari awal dek kerana penipuan-penipuan mereka. Sedih tapi Alhamdulillah, mungkin ujian ini ada hikmah di sebaliknya.

“Mama dan ayah, kakak akan usahakan secepat mungkin untuk siapkan balik rumah mama ayah ni…Kita sama-sama kuat dan sabar okay.

“Insya-Allah, Allah mudahkan urusan kita #AmyraKenaScam,” kongsinya.

Sekadar info, berdasarkan hasil tinjauan pihak YOY Network, setakat ini perkongsian asal di laman Instagram Amyra Rosli telahpun dipadam. Semoga isu seperti ini tidak berulang lagi.