“Buduh Hitam, Macam Afrika” Haneesya Hanee Dewi Remaja Dedah Mesej Instagram

Pelakon yang membintangi drama bersiri Cik Reen Encik Ngok Ngek dan juga finalis Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee sudah mula menerima kecaman dan mesej ‘penghinaan’ daripada netizen walaupun baru saja bertapak dalam industri hiburan tanah air.

Haneesya mendedahkan dia ada menerima kiriman mesej Instagram daripada seorang remaja perempuan yang mengutuk dan menghina warna kulitnya yang gelap seperti gadis Afrika.

Haneesya enggan mengambil pusing dengan cakap-cakap orang dan itu bukan pertama kali perkara berlaku terhadap dirinya.

Dia mempunyai cara tersendiri untuk menghadapi situasi tersebut setiap kali menerima kutukan dari orang ramai.

Rata-rata netizen kagum sikap Haneesya yang tidak mudah melenting walaupun masih baru di dalam industri. Tidak kurang juga ramai yang memuji gadis berdarah kacukan Melayu dan Arab itu yang bukan saja cantik dari luaran sahaja malah memiliki hati yang cantik.

Segelintir netizen juga berpendapat tidak sepatutnya memandang rendah terhadap mereka yang berkulit gelap dan wanita di Malaysia tidak sepatutnya meletakkan persepsi bahawa berkulit putih itu lebih cantik.