[VIDEO] “Fikir Masak-Masak Kalau Nak Berbinikan Saya”- Suara Bingit Uqasha Senrose Jadi Perhatian!

Uqasha Senrose atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Binti Nik Sen  merupakan seorang pelakon cantik dari Kelantan.

Uqasha merupakan kakak kepada Nelydia Senrose dan kakak kepada bekas juara Dewi Remaja 2015 iaitu Raysha Rizrose.

Uqasha terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Melati dalam filem sulungnya, Paku Pontianak (2013) dan sebagai Nurin Areesa dalam drama adaptasi novel, iaitu Tundukkan Playboy Itu.

Uqasha kemudiannya muncul dalam satu lagi drama adaptasi novel, iaitu Hero Seorang Cinderella bersama Fazura dan Fattah Amin.

Menerusi Instagram, lakonan Uqasha bersuara bingit membuatkan ramai terhibur malah video yang dikongsi Uqasha ini berjaya mencuri perhatian sehingga meraih lebih 378 ribu tontonan daripada netizen.

Uqasha yang dilihat sedang berlakon itu turut berseloroh dengan menulis kapsyen supaya lelaki yang ingin berkahwin dengannya agar berfikir masak-masak.

Ya ampun bingitnya

Rata-ratanya tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan komen dilaman Instagram Uqasha yang mana turut geli hati melihat gelagatnya dalam video tersebut.

Hahaha..ok ape dapat bini mulut bising…

Suara so cutee

Sumber: HCL