“Dekatkan diri dengan tuhan, hargai Isteri” Aeril Zafrel Kongsi Tips Murah Rezeki

Aeril Zafrel berkata dia percaya bahawa amalan yang baik adalah kunci kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Kata Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, selain amal ibadat, hubungan baik dengan isteri dan orang sekeliling juga menjadi faktor seseorang itu murah rezeki.

Keluarga bahagia Aeril

“Jangan kita berputus asa, rezeki semua orang sudah tertulis cuma cara nak jemput rezeki itu sahaja yang berbeza.

“Saya amat berpegang pada pendirian bahawa kita perlu menjaga amalan dan hubungan dengan tuhan.

“Guru saya juga ada berpesan bahawa kunci kejayaan itu adalah sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan isteri dan anak,” ujar Aeril kepada mStar Online.

Aeril hadiahkan kereta mewah buat Wawa

Pelakon filem Tujuh ini ditemui pada malam gala filem tersebut yang bakal menemui penonton pada 8 November ini.

Kisah manis suami isteri antara Aeril dan Wawa mendapat perhatian ramai baru-baru ini apabila masing-masing saling berbalas hadiah berupa kereta mewah jenis Mercedes Benz C200 dan Toyota Alphard.

Rumah baru Aeril dan Wawa akhirnya sedia diduduki

“Apa yang saya dapat hari ini bukanlah hasil usaha sekarang kerana ia adalah proses yang mengambil masa.

“Semua orang tahu kami hadapi kesukaran ketika baru berkahwin, tapi itu juga yang membuat kami kuat untuk menghadapi hari mendatang,” katanya.

Sumber: mStar