Budak Nak Beli Beras Tapi Duit Tak Cukup, Cashier Terpaksa Pulangkan Seringgit-seringgit dan Syiling

Tidak semua dari kita dilahirkan dalam keluarga yang senang. Ada diantara kita perlu bekerja keras demi meneruskan kelangsungan hidup.

Tambahan pula ketika ini penularan pandemik Covid-19 turut mempengaruhi ekonomi dan menyebabkan ramai diantara kita terkesan dengan hilang pekerjaan dan punca pencarian.

Kejadian berlaku di sebuah kedai runcit

Jika kita berasa susah, ada ramai lagi diluar sana yang sedang mengira duit walau hanya mahu membeli nasi kosong untuk mengelas perut.

Sama seperti pengalaman yang disaksikan oleh seorang guru yang membuat perkongsian di laman sosial sehingga menjadi tular.

Seorang budak mahu membeli beras 5 kilogram

Menerusi perkongsian di laman Facebook, guru berkenaan kisah tersebut dilaluinya ketika berkunjung ke sebuah kedai runcit.

“Masa saya nak bayar barang kat kedai runcit, depan saya ada sorang budak tengah nak bayar barang. Budak tu nak beli beras 5 kilogram”.

Budak tersebut tidak jadi membeli kerana tidak cukup duit

“Tapi itulah masa nak bayar, budak tu tak cukup duit pula. Last-last budak tu tak jadi beli sebab tak cukup duit,” tulisnya menerusi halaman Facebook Muhammad Yusof.

Sayu hati melihat juruwang terpaksa memulangkan semula sejumlah wang yang diberikan oleh kanak-kanak itu.

Dia bayar duit seringgit-seringgit dan duit syiling

Kongsi Muhammad Yusof lagi, dia menyaksikan sendiri budak tersebut mengira wang yang dikembalikan kepadanya.

“Masa cashier nak pulang duit budak tu saya perasan dia bayar guna duit seringgit-seringgit dan duit syiling,” tambahnya.

Saya bayarkan dan beri duit poket untuk ke sekolah

Sayu melihat kejadian tersebut guru itu tidak mahu terus melihat kanak-kanak itu mengira duit kecilnya, guru tersebut lantas bersuara di kaunter.

“Saya terus kata kat cashier, tak apa saya bayarkan beras budak tu”.

“Lepas tu saya hulur RM10 kat budak tu, saya kata buat duit dia pergi sekolah. Budak tu ucap terima kasih bang. Lepas tu dia hilang,” katanya.

Ada orang nak makan nasi pun bercatu sekarang

Guru tersebut sempat berpesan kepada mereka yang masih menikmati kesenangan hidup ketika pandemik Covid-19 seharusnya bersyukur dengan kurniaan daripadaNya.

“Time-time sekarang ni, bersyukurlah kalau kita masih boleh makan kat restoran sedap-sedap, sebab ada orang yang nak makan nasi pun bercatu sekarang ni”.

“Sejak dua, tiga bulan kebelakangan ni, macam-macam situasi yang menginsafkan berlaku depan mata saya. Sesungguhnya, ‘susah is real’ itu realiti,” katanya.