“Buat report sebab anak dia kata dipaksa..” Isu Video ‘Comolot’ Anak Nora Ariffin, Netizen Suruh Lapor Polis

Sebuah video yang tular memaparkan aksi panas sepasang remaja bercumbu sebelum ianya dimuatnaik untuk paparan umum di aplikasi TikTok.

Apa yang lebih mengejutkan, remaja perempuan di dalam video itu merupakan salah seorang anak perempuan kepada penyanyi terkenal Nora Ariffin iaitu Putri Nor Dahlia.

Saya mengaku video itu adalah dia

Menerusi laman Instagram, Nora turut mengulas mengenai perkara tersebut dan mengakui bahawa gadis didalam video berkenaan adalah anaknya.

“Allahuakbar. Dengan penuh rasa terkilan. Saya mengaku, video itu adalah dia,” kata penyanyi Nora Ariffin yang mengakui gadis yang bercium dengan seorang remaja lelaki dalam video yang tular adalah anak perempuannya, Putri Nor Dahlia.

Beliau yang mengakui turut terkilan dengan insiden yang berlaku berkata, dia sudah melakukan apa yang terbaik untuk mendidik puterinya menjadi insan berguna.

Saya sudah cuba sedaya-upaya

“Sebagai seorang ibu, saya sudah cuba sedaya-upaya untuk mengajar, membimbing dan mendidik serta memberikan apa yang terbaik dan termampu dalam kapasiti yang terbatas”.

 

View this post on Instagram

 

Power of nature ❤️ White dress by @rizmanruzaini Make up by @bobocinta

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

“Namun, sebagai seorang manusia kita tidak boleh lari daripada membuat kesilapan” ujar penyanyi itu.

Sebagai ibu saya juga banyak kelemahan

“Dia masih muda dan ada banyak ruang untuk diperbaiki dan belajar daripada kehidupan. Sebagai ibu saya juga banyak kelemahan”.

Menurutnya, dia berharap anak perempuannya itu belajar daripada kesilapan itu dan menjadi individu lebih baik pada masa akan datang.

Saya berdoa semoga dia belajar dari kesilapannya

“Saya berdoa semoga dia belajar daripada kesilapannya dan menjadi individu lebih baik”.

“Kepada semua, berikan kami ruang dan ketenangan pada masa ini. Sama-sama doakan yang terbaik untuk dia dan diri masing-masing,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

Ramadhan 24 . Back to work.💪🏻 Make up by @bobocinta ❤️ Busana by @azuracouture ❤️

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

Sekitar semalam, telah tular klip video mirip anak gadis Nora yang kelihatan bercumbu dengan seorang remaja lelaki yang tular di media sosial.

Saya dipaksa

Sementara itu, Putri menerusi akaun Twitter miliknya menjelaskan situasi sebenar dan mengakui dirinya dipaksa.

“Saya dipaksa. Dalam video itu pun boleh nampak saya ke belakang dan cuba mengelak”.

Saya malu dan tak tahu nak buat apa

“Selepas ia berlaku saya duduk diam kerana saya malu dan tak tahu nak buat apa”.

“Saya tak sanggup nak tumbuk dia, tapi saya marah dia selepas video itu dan kami sudah putus,” jelasnya menerusi akaun Twitter @itzputridahlia.

Buat laporan polis

Rentetan isu yang tular ini, ada netizen berpendapat Nora seharusnya membuat laporan polis kerana anaknya masih di bawah umur.

“Langkah seterusnya adalah buat laporan polis sebab anak dia kata dia dipaksa. Bukti video dah ada. Biar budak laki tu kena soal siasat.”

 

Ramai yang bersetuju dengan kenyataan tersebut jika benar ianya berlaku tanpa kerelaan anaknya.