[VIDEO] Wan Emir Sah Menjadi Suami Mira Filzah

Desas-desus mengenai majlis pernikahan Mira Filzah dengan jejaka pilihan hati, Wan Emir Astar terjawab apabila kedua-duanya telah selamat diijabkabul di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FAIZ & MUMTAZ (@rekateemor) on

Hanya dengan sekali lafaz, Mira Filzah kini sah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar.

Majlis pernikahan itu disiarkan di TV3 pada jam 9 malam selama 10 minit menerusi program MBuzz.

Namun, para peminat boleh menonton siaran langsung pernikahan di YouTube TV3 pada jam 8.30 malam.

Video majlis pernikahan Mira Filzah dan Wan Emir

Sebelum ini Mira memberitahu pernikahannya itu sepatutnya berlangsung pada Oktober depan namun dipercepatkan berikutan kakak sulungnya menetap di New York, Amerika Syarikat tidak dapat berada di sini untuk tempoh yang panjang.


Kami merancang untuk bernikah Oktober depan

“Sebenarnya pemilihan tarikh perkahwinan yang dilaporkan media sebelum ini adalah betul. Saya dan Emir memang merancang untuk bernikah Oktober depan”.

“Namun, disebabkan kakak tidak boleh berulang-alik dengan kerap kerana terpaksa menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari, jadi saya ambil keputusan mempercepatkan tarikh pernikahan”.

 

View this post on Instagram

 

Nyawa 💗 . . Deco @kayangangallery Abaya @abayalubnaa Photo @hasifpictures

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

Adik bongsu juga terpaksa menunda pernikahannya

“Manakala adik bongsu pula terpaksa menunda sedikit pernikahannya supaya kakak boleh menyaksikan hari bahagia kami berdua,” lapor Harian Metro.

Selain itu, majlis pernikahan hari ini, dia bakal mengadakan dua lagi majlis resepsi di Le Meridien, Putrajaya, esok dan A-Park, Puchong, Ahad ini.

Saya keluarkan bajet sendiri

“Ketiga-tiga majlis ini saya keluarkan bajet sendiri kerana tidak mahu bergantung dengan tajaan selain memberi kepuasan berbeza”.

“Jujur saya rasa lebih berbaloi keluarkan wang sendiri kerana saya boleh berkongsi idea dan tema yang diimpikan untuk majlis perkahwinan sekali dalam seumur hidup ini,” katanya.

Tambah Mira lagi, majlis resepsi esok juga akan disiarkan secara langsung menerusi TV3, manakala majlis resepsi pada Ahad akan disiarkan melalui program Melodi.

Detik perkenalan dengan bakal suami

Malah, Mira Filzah sempat berkongsikan detik perkenalannya dengan bakal suami, Wan Emir Astar yang merupakan anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid.

Ujar pelakon ini, pertemuan pertamanya dengan jejaka berkelulusan dari United Kingdom dan bergelar arkitek itu pada Oktober tahun lalu.

Emir hantar mesej peribadi dan saya tak layan

Ia sekali gus menyangkal dakwaan sebelum ini mengatakan Emir adalah teman sekolahnya.

“Sebelum itu pada Ramadan tahun lalu, Emir ada menghantar mesej peribadi (DM) di Instagram dengan berkongsi mesej kerohanian tetapi saya tak layan”.

Percubaan tidak berhenti disitu apabila Emir menghantar DM kepada ibunya

“Percubaannya tidak terhenti di situ apabila menghantar pula DM kepada emak. Kebetulan emak memang mengenali arwah bapa Emir, jadi mereka saling berkomunikasi,” katanya.

“Sehinggalah emak minta saya supaya mengenali Emir dan minta saya berjumpa dengannya”.

Saya terbuka hati disebabkan ibu dan bapa

“Punca saya terbuka hati semuanya disebabkan ibu dan bapa. Jadi saya pun membalas DM daripada Emir dan hubungan itu kemudiannya berlanjutan ke aplikasi WhatsApp,” katanya

Beliau turut menjelaskan hanya memerlukan lima hingga enam kali pertemuan sahaja sebelum memutuskan memberitahu ibunya hasrat hati untuk mendirikan rumah tangga dengan Emir.

Saya beritahu emak mahu berkahwin namun Emir belum melamar saya

“Saya selesa dan okay mengatur pertemuan seterusnya. Selepas lima hingga enam kali berjumpa, saya beritahu emak mahu berkahwin dengan Emir, namun, dia masih belum melamar saya “.

“Saya tidak tahu kenapa tetapi mungkin disebabkan gerak hati yang merasakan keputusan itu adalah tepat. Jadi, saya terus beritahu emak hasrat hati untuk berkahwin”.

“Apabila saya beritahu Emir mengenai rancangan untuk melangkah ke fasa seterusnya, dia juga sebenarnya ada hasrat sama,” katanya.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata peminat turut mengucapkan tahniah dan mendoakan pelakon kesayangan mereka itu bahagia hingga ke syurga