[VIDEO] Tak Buat Majlis Berinai, Mira Filzah Dipuji Khatam Al-Quran

Nama Mira Filzah yang merupakan seorang pelakon dan juga pengacara kegemaran ramai tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air.

Menerusi beberapa perkongsian di media sosial, beberapa video dan gambar telah tular apabila pelakon ini dikatakan sedang bahagia menghitung hari bergelar isteri.

 

View this post on Instagram

 

Nyawa 💗 . . Deco @kayangangallery Abaya @abayalubnaa Photo @hasifpictures

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

Mira Filzah adakan majlis khatam Al-Quran

Mira telah memuat naik satu gambar majlis berkenaan bersama keluarganya di Instagramnya.

 

View this post on Instagram

 

Nyawa 💗 . . Deco @kayangangallery Abaya @abayalubnaa Photo @hasifpictures

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

Pelakon ini mengambil keberkatan hari Jumaat, Mira Filzah mengadakan majlis khatam Al-Quran bersama adiknya perempuannya, Aina Fadhilah.

Mira dan adiknya tambil manis berbusana merah jambu

Adik beradik ini tampil manis mengenakan busana berwarna merah jambu, majlis tersebut dihadiri ahli keluarga serta kenalan terdekat selain diiringi kumpulan marhaban.

 

View this post on Instagram

 

Ayyyyy bahagianya muka dia tu 😍 . . Credit ustazah asni

A post shared by @ wanemirafilzah on

Menerusi beberapa posting dimuat naik seorang penceramah, Asni Mansor yang berkongsi Instastory sekitar majlis berkenaan yang dilangsungkan secara sederhana.

Cantik dan manis Mira Filzah

Malah, laman Instagram @wanemirafilzah iaitu peminat kepada Mira dan tunangnya Wan Emir Astar turut berkongsi posting untuk tatapan peminat pasangan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

Majlis Khatam Al-Quran Amirah & Aina . . Credit @blushbysyafiqah

A post shared by @ wanemirafilzah on

Difahamkan adiknya yang berusia 25 tahun itu akan menamatkan zaman bujang terlebih dahulu manakala Mira pula dijangka bakal berkahwin pada Oktober ini.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata peminat turut tidak sabar menunggu hari bahagia Mira Filzah.