Warga Emas Hilang Sejak Rabu Akhirnya Ditemui Dalam Kereta Selepas Banjir Surut

Hujan lebat tanpa henti di negara kita menyebabkan beberapa kawasan kini dinaiki air malah ada juga yang berada di paras bahaya. Susulan perkara tersebut orang ramai diminta lebih berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.
Iospital phone repair gombak
Terdahulu tular di media sosial dimana pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Batu Pahat, Johor, berdepan dengan detik cemas apaila kenderaan pacuan empat roda dinaiki hampir tenggelam akibat air banjir ketika dalam perjalanan menuju ke pusat pemindahan sementara (PPS) Parit Haji Kamisan.

Terbaru, kecoh di dada akhbar dimana Seorang warga emas yang dipercayai hilang sejak Rabu lalu telah ditemui lemas dalam keretanya selepas banjir surut di FELDA Selancar 2, Muadzam Shah

Memetik laporan Berita Harian, mangsa yang bernama Abdullah Satar, 73, ditemui oleh penduduk setempat di dalam sebuah proton Iswara yang sudah terbalik dan ditenggelami banjir di kawasan kebun kelapa sawit.

Menurut Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar, pihaknya telah bergerak ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima laporan kira-kira jam 6.40 petang.


“Pihak polis turut mendapatkan bantuan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mengeluarkan mayat mangsa sebelum ia dihantar ke Unit Forensik Hospital Muadzam Shah, di sini, untuk tindakan lanjut,” katanya.

Difahamkan, anak mangsa atelah cuba untuk menghubunginya beberapa kali selepas mendapati ayah mereka tidak pulang ke rumah.

“Anak mangsa kemudian menerima maklumat mengenai penemuan kereta di ladang sawit terbabit dengan bapanya yang sudah meninggal dunia berada di dalamnya, sebelum bergegas ke lokasi.”

“Laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” ujarnya lagi.

Orang ramai dinasihatkan agar lebih berjaga-jaga kerana pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku ketika banjir. Semoga kita sama-sama dipermudahkan urusan.

Bagaimanapun, pihak YOY Network menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman lagi beramal soleh.