Gadis Kena Tinggal Di Jambatan Pulau Pinang, Tunang Selamba Larikan Diri Daripada Sekatan JPJ

Tidak dinafikan, setiap kali terserempak dengan sekatan jalan raya, pasti kita akan terus berasa cuak dan bimbang disaman atas kesalahan lalu lintas.
Iospital phone repair gombak
Terkadang, kita yakin diri sudah lengkap seperti mempunyai lesen, cukai jalan dan sebagainya namun entah mengapa, jantung tetap berdegup laju.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana Seorang lelaki sanggup meninggalkan tunangnya yang terjatuh dari motosikal ketika pasangan itu melarikan diri daripada sekatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang menghala Pulau mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, wanita tersebut mengalami cedera ringan pada tangan dan kaki namun belum sempat pihak JPJ memberikan rawatan, gadis berusia 20-an itu turut melarikan diri.

Pengarah JPJ Pulau Pinang, Adenan Md Isa berkata, pasangan yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 diarahkan berhenti bagi membolehkan pihaknya melakukan pemeriksaan menerusi Ops Motosikal Khas di lorong motosikal Jambatan Pulau Pinang sempena Tahun Baharu Cina.

Pihak berkuasa meminta penunggang membuat lencongan untuk pemeriksaan lanjut, lelaki tersebut bertindak melarikan diri dengan membuat pusingan U.


“Tindakan mengejut lelaki itu membuatkan pembonceng gadis terjatuh daripada motosikal dinaiki mereka.”

“Bagaimanapun, lelaki itu tidak peduli akan kejadian tersebut sebaliknya terus memecut laju motosikal menghala ke bahagian Pulau.”

“Susulan insiden itu, kita sempat soal siasat pembonceng terbabit sebelum dia mengaku lelaki tersebut tunangnya dan mereka dalam perjalanan dari Seberang Perai ke pusat bandar,” katanya kepada pemberita di lokasi malam tadi.

Sekadar info, Adenan berkata, sebanyak 301 saman dikeluarkan selain 24 buah motosikal disita atas pelbagai kesalahan ketka operasi tersebut dijalankan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen simpati melihat nasib wanita tersebut yang terjatuh daripada motor sekaligus tidak menolak kemungkinan bahawa lelaki tersebut tiada lesen atau memandu atau tiada cukai jalan.

Antara komen warga maya:

“Kata lautan api akan ku renangi, ni roadblock jpj pun kalah”

“Putus tunang tak tu”


“Pantang mundur kecuali operasi”

“Berat betul dugaan bertunang”


Video yang tular di laman TikTok:

@amirulainul4788♬ Just A Kiss (Muah) – Enisa