Biodata Hannah Delisha, Pelakon Baru Dari Singapura

Hannah Delisha ialah seorang pelakon, penyanyi dan pengacara Singapura. Beliau berdarah kacukan Inggeris dan Melayu yang mana bapanya berbangsa Inggeris manakala ibunya berbangsa Melayu Singapura.

Nama sebenar Hannah Delisha adalah Hannah Adlina Blackburne Birch. Hannah Delisha dilahirkan pada 27 Oktober 1996.

Berikut adalah fakta menarik mengenai Hannah Delisha:

1. Hannah Delisha merupakan bekas anggota kumpulan nyanyian duo Delisha. Kumpulan Delisha ini dianggotai beliau sendiri dan Mia Delisha.

2. Delisha menghasilkan lagu yang berjudul “Retak” dan kemudia Hannah menjadi penyanyi solo pada tahun 2015 dan Hannah menghasilkan single pertamanya yang berjudul “Anugerah”.

3. Selain berkemampuan menyanyi dalam bahasa Melayu, Hannah Delisha boleh menguasai lebih sepuluh lagu pelbagai bahasa. Antaranya lagu Hindi, Jepun, Arab, Sepanyol dan Cina yang dipelajarinya secara berperingkat-peringkat.

4. Hannah Delisha pernah memenangi anugerah Personaliti Wanita Paling Popular di Pesta Perdana Singapura edisi ke-14 pada tahun 2017. Hanah menewaskan pelakon-pelakon wanita yang lain dalam kategori yang sama.

5. Pada tahun 2017 juga, Hannah Delisha mula mengorak langkah dalam bidang lakonan tempatan Malaysia dan meningkat popular menerusi drama Slot Astro Megadrama Mencintaimu Mr. Photographer bersama pelakon lelaki popular Syafiq Kyle.

Biodata Hannah Delisha

      • Nama Penuh: Hannah Adlina Blackburne Birch
      • Nama Glamour: Hannah Delisha
      • Umur: 21 tahun (2017)
      • Tarikh Lahir: 27 Oktober 1996
      • Asal: Singapura
      • Agama: Islam
      • Warganegara: Singapura
      • Keturunan: Kacukan Inggeris (ayah) dan Melayu Singapura (ibu)
      • Adik-Beradik: Mia Delisha
      • Kerjaya: Pelakon, Penyanyi Pengacara TV, Model dan Jurucakap Produk
      • Single Lagu: Retak, Anugerah dan Tidak Perlu Kata Apa-Apa
      • Drama TV: Kathy Gerenti, Bingit Musim ke-4: Kurnia, Faculty, 7 Hari, Mencintaimu Mr Photographer
      • Telefilem: Spaghetti Kuah Kacang
      • Twitter: Hannah Delisha
      • Facebook: Hannah Delisha
      • Instagram: @hannahdelisha

Gambar Terbaru Hannah Delisha