Janna Nick Caj RM50 Ucap Happy Birthday

Selalunya, artis bila dah popular dan ada berjuta pengikut di Instagram pasti akan menawarkan khidmat review berbayar untuk mereka yang berminat untuk mengiklankan apa-apa produk.

Namun, pelakon Janna Nick mula memperkenalkan satu servis yang agak berbeza.

Janna menerusi akaun Instagramnya telah melancarkan khidmat ucapan berbayar untuk peminatnya yang mahu beliau membuat ucapan hari jadi dan caj yang dikenakan adalah sebanyak RM50 untuk satu ucapan dengan tag nama peminat tersebut di Insta Stories.

Selepas bayaran dijelaskan barulah Janna akan memuat naik ucapannya.

Apa pula pendapat anda? Wajarkah untuk menawarkan khidmat sebegini sedangkan peminat tidak pula meminta bayaran daripada mana-mana artis jika hendak menyokong karier mereka.

Kredit: beautifulnara.com