[VIDEO] Buat Kejutan Untuk Isteri, Black Hadiahkan Kereta Mewah Mini Cooper Buat Isteri

Hanifah Md Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Black Hanafiah antara penyanyi yang menjadi kegemaran ramai.

Penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini mempunyai vokal yang tinggi selain mempunyai suara yang merdu dan lunak.

Juara mentor musim ketiga

Beliau mula menceburkan diri dalam bidang nyanyian setelah menjadi juara Mentor musim ketiga dan merupakan anak didik Mas Idayu ketika itu.

Selain itu, penyanyi yang juga popular dengan lagu aku rindu sayang kamu ini turut juga berkolaberasi dengan Malique menerusi lagu Teman Pengganti.

Pada tahun 2013, Hanafiah telah mendirikan rumah tangga bersama Naquia Yasirah Mohd. Khairi, di Zebra Square, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Menghadiahkan isterinya kereta Mini Cooper

Selain itu, penyanyi ini pernah membuat kejutan untuk isterinya apabila menghadiahkan sebuah kereta model Mini Cooper.

Menerusi laman Instagram miliknya, beliau pernah berkongsi satu video memaparkan beliau memberi kejutan kepada isterinya sebagai tanda penghargaan selama ini.

Tak mampu bagi bintang dan bulan

“Daddy  tak mampu bagi bintang dan bulan, hanya boleh bagi ni ja”tulisnya.

Melihat kepada video berkenaan, isterinya turut terkejut dan terharu apabila dihadiahkan sebuah kereta Mini Cooper berwarna putih.

Terdahulu, pada tahun 2015 pasangan ini dikurniakan anak sulung pertama mereka iaitu bayi lelaki yang diberi nama Khaleef Dayyan.

Kemudian, pada tahun 2018  Black sekali lagi dikurniakan cahaya mata kedua iaitu bayi perempuan yang diberi nama Rindu Dayyana.