“Biar betul..” Dakwa Temui Bekas Tapak Kaki Toyol Buat Netizen Terpinga

Kewujudan makhluk halus di sekeliling kita tidk boleh disangkalkan kerana ‘mereka’ ini juga merupakan ciptaan Allah jadi kita harus percaya akan keberadaan mereka.

Ada yang percaya makhluk halus ini juga berupaya menjelma dalam satu bentuk yang sangat menyeramkan namun ada juga yang sekadar memberikan ‘hint’ sebagai satu cara untuk memberitahu bahawa dia ada di sekitar itu.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita mendakwa menemukan satu bekas tapak kaki toyol di atas cermin kereta mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @suksalleh, memaparkan seorang wanita sedang menunjuk pada bekas tapak kaki bersaiz kecil di cermin kereta yang di tempat parkir.

Dapat kita lihat, Beberapa kesan tapak kaki seakan kepunyaan manusia tapi saiznya sangat kecil membuatkan ada yang mendakwa itu adalah kepunyaan makhluk tersebut.

“Misteri ramai org kmpung hilang duit” – katanya diruangan kapsyen

Video yang tular di laman TikTok:

@suksalleh Misteri ramai org kmpung hilang duit#fypシ ###foryoupage #misteri ♬ Scary – Background Sounds

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.2 Juta tontonan, 70.1K tanda suka, 2395 komen dan 860 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, ada diantara warga netizen menyifatkan ianya merupakan bentul kaki toyol oleh kerana kucing tidak mempunyai tapak kaki sebesar itu.

Namun dalam masa yang sama, ada juga para netizen yang ‘terhibur’ dengan prank zaman kini oleh kerana ianya boleh sahaja dilakukan menggunakan tangan dengan teknik cop namun kesahihannya sehingga kini tidak diketahui.

Berikut merupakan komen warga maya:

“Itu tapak kaki saya semalam, saya boleh tak tau nak gi mana, duduk la atas bumbung kereta”

“Choi..Aku dulu zaman budak2 selalu ja buat macam ni kat cermin keta..Adoi gempak pi la noh janji masuk beranda”

“Aku pun boleh lah buat tapak kaki macam tu. Cop je guna tangan”

“Adeh..Prank zaman2 duk asrama je nie”