Terpaksa Hantar Barang Ke Bangunan Usang, Netizen Seram Abang Kurier Terus ‘Menyepi’

Setiap pekerjaan sudah pasti mempunyai cabarannya yang tersendiri seperti ragam pelanggan, cuaca yang tidak mengizinkan, terdedah dengan pelbagai kemalangan termasuklah berdepan dengan kejadian mistik yang terkadang sukar untuk diungkapkan.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang abang kurier [erlu menghantar ‘parcel’ ke sebuah tempat yang agak seram mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @masbay01_, difahamkan dia sedang dalam situasi menyelesaikan tugasannya sebagai seorang penghantar barang.

Namun apa yang membuatkan ianya mencabar dan agak seram adalah, laluannya untuk ke rumah pelanggan seolah-olah tidak terurus kerana terlihat sangat kotor dan dipenuhi dengan debu.

Tidak lama kemudian, dia menunjukkan bahawa dirinya sedang berada di tingkat dua bangunan tersebut. Jika dapat diperhatikan pada halaman yang berada di tingkat bawah itu, ianya kelihatan bersepah.

Ketika berada di hujung jalan, dia telah mendapati bahawa terdapat satu lorong dengan lantai yang sangat kotor dan terus melewati beberapa pintu bilik yang ada di lorong berkenaan.

Dia bagaimanpun memberanikan diri untuk untuk terus berjalan dan melewati 4 pintu bilik di tempat kejadian dan terlihat asang selipar dan di luar pintu bilik itu juga turut terdapat beberapa barangan yang berselerakan di pintu bilik yang kelima iaitu pintu bilik yang terakhir.

Video yang tular di laman TikTok:

@masbay01_ suram suram #GoWinterGames #fyp #fypシ #kurir #shopee ♬ Enakeun – ⚡️

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 7.7 Juta tontonan, 512.7K tanda suka, 25.1 komen dan 2518 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut berasa seram melihat kediaman tersebut yang kelihatan sangat usang seperti tidak ada seorang pun yang menghuni di rumah tersebut.

Bukan itu sahaja malah para netizen juga menunggu video ‘part 2’ daripada abang kurier tersebut ekoran kini tiada sebarang maklum balas daripada abang kurier itu.

Bahkan dia juga tidak membalas satupun daripada komen warganet dan itu membuatkan warganet semakin risau akan keadaan abang kurier tersebut.

Berikut merupakan komen daripada warga maya: