“Betul ke kalau tunang org boleh pegang-pegang” Ini Respon Intan Najuwa

Seperti yang kita sedia maklum, baru-baru ini pelakon kecik molek Intan Najuwa telah mengikat tali pertunangan sedang seorang usahawan.

Berita mengenai pertunangan beliau mendapat perhatian ramai apabila Intan Najuwa memuat naik beberapa keping gambar semasa majlis berlangsung.

Menurut Intan Najuwa 22 tahun, walaupun perbeza umur antara beliau dan tunangnya sekitar 16 tahun namun beliau selesa berkawan dengannya.

Intan Najuwa juga kini sedang meningkat naik popularitinya membintangi drama Tuan Danial yang sedang ditayangkan.

Terbaru satu keping gambar yang dimuat naik di laman sosial Instagramnya memperlihatkan beliau diangkat oleh Idris Khan yang turut membintangi drama Tuan Danial.

BACA: Demi Cinta Suci, Jarak Usia 16 Tahun Tidak Menjadi Halangan Intan Najuwa Bertunang Dengan Usahawan

Beliau yang dikenali sebagai pelakon yang bertubuh kecil itu dilihat senang diangkat oleh Tuan Danial sambil mempromosikan drama terbaru mereka.

Gambar tersebut telah disalah ertikan apabila ramai netizen mempersoalkan keterbatasan pergauulan beliau sebagai tunangan orang.

Rata-rata netizen meninggalkan pertanyaan kepada beliau di ruangan komen dan ramai juga memberikan kata-kata semangat kepada beliau untuk tidak menghiraukan kata-kata netizen.

“Betul ke kalau tunang org boleh pegang pegang , tunang tu ok ke”. Antara komen netizen yang diruangan gambar tersebut.

Beberapa soalan yang ditanya oleh netizen mengenai gambar pelakon Intan Najuwa diangkat.

 

Ada netizen turut menasihati beliau tidak memuat naik gambar yang boleh menimbulkan pertanyaan dan komen yang tidak sepatutnya diruangan laman sosial beliau.


Sementara itu, pelakon kecik molek itu turut menjawab beberapa pertanyaan netizen yang ditinggalkan di ruangan komen pada laman sosial Instagram miliknya.