Suami Mahu Isteri ‘Dijahit Extra’ Lepas Bersalin, Doktor Ini Beri Pesanan Tegas

Pengorbanan seorang isteri yang membawa kandungan selama sembilan bulan serta bertarung nyawa untuk melahirkan anak amat mencabar bagi para wanita.

Namun pada situasi sebegitu, peranan seorang suami juga amat penting untuk memberi sokongan moral kepada isteri sehingga bersalin.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir lelaki yang meminta pada doktor untuk membuat daddy stitch bagi kepentingannya sendiri.

Apa itu Husband/Daddy Stitch

Jahitan bersalin normal tambahan ini dinamakan husband/daddy stitch atau jahitan suami. Tujuan doktor memberi jahitan ini adalah untuk mengetatkan vagina supaya suami merasa lebih nikmat ketika hubungan seksual.

Sayangnya, jahitan bersalin normal tambahan ini membuat para ibu kesakitan ketika  bersetubuh!

Amalan doktor yang memberi jahitan lebih ketat dari yang diperlukan ini membuatkan para ibu merasa sakit untuk seks selepas bersalin sehingga ramai di antara mereka trauma untuk bersalin lagi.

Bahkan ada yang tidak boleh lagi menikmati hubungan seksual!

Apatah lagi prosedur ini dilakukan tanpa pengetahuan si ibu. Amalan ini dianggap sangat seksa, kerana membuatkan wanita berasa kesakitan hanya demi kesenangan lelaki.

Namun masih saja ada doktor yang melakukannya.

Tular di Tiktok Dr Sandra

Menerusi video yang telah dikongsi oleh Dr Sandra di akaun TikToknya, dia memberitahu bahawa tujuan daddy stitch dilakukan adalah untuk kepuasan suami isteri ketika mereka ‘bersama’ dengan menganggap faraj akan menjadi ketat semula jika dijahit selepas bersalin.

Walau bagaimanapun, kesan sampingan terhadap jahitan tersebut akan membuatkan isteri berasa sakit dah perit. Malah ianya berisiko untuk mengalami pendarahan yang serius.

Lebih menyedihkan lagi apabila seorang suami meminta jahitan berkenaan ditambah tanpa memberitahu atau meminta kebenaran isterinya sendiri.

Selepas bertahun-tahun, wanita itu baru menyedari mengenai kondisinya setelah dia membuat pemeriksaan lanjut dengan doktor.

“Please let’s protect women! suami2 tolong la jgn buat camni! say No to husband’s stitch”

@drsandramdReply to @nurrul67 please let’s protect women! suami2 tolong la jgn buat camni! say No to husband’s stitch ##drsandramd ##healthcheck ##husbandstitch♬ original sound – Sandra Raman MD

“Banyak informasi yang bercanggah, kita pun tak tau sangat siapa yang buat macam mane boleh terjadi”

@drsandramdReply to @elyshiaabegail banyak informasi yang bercanggah, kita pun tak tau sangat siapa yang buat macam mane boleh terjadi ##drsandramd ##husbandstitch

♬ original sound – Sandra Raman MD

Daddy Stitch adalah satu pencerobohan pada wanita

Daddy / Husband stitch mendapat protes besar-besaran kerana sering dilakukan tanpa izin, atau perbincangan terlebih dulu dengan ibu yang bersalin atau pasangannya.

Ramai suami yang takut untuk menyentuh isterinya akibat daripada jahitan tambahan ini kerana takut menyakiti si isteri.

Walau apapun prosedur yang dilakukan pada tubuh ibu sebelum, selama dan setelah proses bersalin harus dimaklumkan terlebih dahulu dengan ibu yang akan menjalaninya.

Ini kerana apabila si ibu di dalam keadaan tidak sedar, pihak medikal boleh meminta izin suami.

Buat bakal ibu yang akan melahirkan kelak, pastikan doktor yang mendampingi anda tahu bahawa dia harus mendapat persetujuan ibu atau suami sebelum melakukan sesuatu seperti ini.