“Better than concert” Hadir Majlis Ilmu Bersama UAI , Zizan Razak Raih Pujian Netizen

Jarang sekali kita lihat di mana anak-anak muda sekarang yang rajin menerapkan ilmu agama mereka ke arah yang lebih baik. Di saat ramai yang mengejar duniawi dan membanjiri konsert idola mereka namun ada yang mengambil peluang untuk menghadiri majlis keagaaman yang diadakan pada hari yang sama.

Pun begitu, pelakon penyanyi dan pelawak Zizan Razak ini tidak ketinggalan untuk turut hadir memeriahkan majlis Talk Show Anok Mude bersempena Karnival Penghayatan Islam yang diadakan di Kuala Terengganu.

Menerusi pautan yang dimuat naik oleh Zizan Razak di laman Instagramnnya dia meluahkan rasa syukur kerana masih berpeluang untuk menghadiri majlis ilmu tersebut sekaligus mengajar diri ke arah yang lebih baik dalam kehidupan dan dia turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa mencari kemuliaan Allah.

Kehadiran Zizan Razak di dalam majlis Talk Show Anok Mude ini juga mencuri tumpuan ramai di laman TikTok apabila tular video pelawak ini membuat lawak yang bersahaja dan rata-rata warganet menyukai gandingan Zizan dan Ustaz Azhar Idrus.

Video klip yang berdurasi 2minit 6saat yang dikongsikan oleh @_zahirdn ini kelihatan ramai yang bergelak ketawa dan turut terhibur dengan gelagat Zizan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pujian kepada selebriti ini kerana turun menghadiri majlis keagamaan. Bukan itu sahaja, ada yang menyifatkan populariti yang diraih Zizan Razak digunakan untuk ke arah kebaikan dan bukan sebaliknya.

Antara komen warga netizen di laman Instagram dan TikTok:

“Tadi layan live UAI time ni, tengah layan tiba-tiba end live..sempat lah tengok part ni..memang syok layan bila UAI gabung dengan Zizan”


“Rugi lah sapa tak tengok live malam tadi..sakit perut suka zizan uai macam 2012 dulu-dulu..dalam suka ada juga ilmu bermanfaat..”

“Alhamudillah..di malam jumaat ni mereka memilih untuk mencari kemulian daripada pergi konsert yang tidak bermanfaat”

“Alhamdulillah n tahniah @zizanrazak869 awak gunakan populariti awak ke arah kebaikan..semoga terus istiqamah..”

Video dan pautan yang tular:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Razizan Razak (@zizanrazak869)

@_zahirdn Talk show anak muda❤️.. #zizanrazak #uai #terengganu #fypシ #2022 ♬ Happier Than Ever – Edit – Billie Eilish