Model KLFW Dakwa Tidak Menerima Bayaran, Alicia Amin Sanggup Protes Seorang Diri

Minggu Fesyen Kuala Lumpur merupakan satu siri acara di mana koleksi fesyen antarabangsa dipersembahkan kepada pembeli, akhbar dan masyarakat umum. KLFW ini juga platform untuk pereka Malaysia mempersembahkan dan mempamerkan koleksi siap pakai mereka, dengan harapan dapat menonjolkan kekuatan dan kreativiti Industri Fesyen Malaysia.

Baru-baru ini pelakon dan model wanita terkenal Alicia Amin tampil bersuara berkenaan isu pembayaran model yang terlibat dengan acara yang dikendalikan oleh KLFW didakwa tidak dibayar dan ada yang sedang menunggu bayaran dari beberapa tahun yang lepas.


Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @yelamango ini memaparkan Alicia Amin yang sedang melakukan protes seorang diri terhadap acara KLFW di pusat membeli-belah Pavillion, Kuala Lumpur.

Alicia juga memegang papan tanda “All model this year to be paid within the day, those still waiting for Andrew’s payment from previous years, come speak to me.” sambil berdiri.


Bagaimanapun, perkongsian gambar Alicia Amin di laman Instagram Story menunjukkan dia dihalau oleh pihak polis bantuan untuk berhenti daripada terus berdiri melakukan protes. Terdapat juga gambar Alicia bersama CEO KLFW yang didakwa tidak membayar gaji model-model yang terlibat.



Alicia menjelaskan tindakan yang dibuatnya adalah untuk mendapatkan hak sebagai seorang model. Sudah 12 tahun menjadi model, dia sudah ‘lali’ dan penat untuk melalui perkara sebegini.

Tambahnya lagi, dia melakukan protes bersendirian kerana tidak mahu menjejaskan karier dan reputasi model yang lain walaupun dia tidak berhutang apa-apa dari acara KLFW itu.

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakkan Alicia yang berani kehadapan untuk memprotes walaupun hanya seorang diri serta menegakkan hak model yang terlibat dengan isu tersebut.

Antara komen warganet di laman TikTok:

“Andrew is the CEO of KLFW, some models have been complaining about not being paid for almost 2 years”

“I don’t know andrew but her attitude to voice up is what we need”

“Dia berdiri macma tu pun nampak betul aura model”


“At this point i love Alicia. She really speak up!”

Video yang tular di laman TikTok:

@yelamango #klfw2022 #klfw22 #klfw ♬ Sikok Bagi Duo ( Tiktok ) – Meli Dedi